Saya tiba lambat sikit sebab saya nak singgah di sekolah sebentar untuk menyediakan barang-barang keperluan murid-murid tingkatan 3 (Program Lepas PT3) dan saya bersarapan dahulu sebelum ke PKG Bahau.
Nasib baik sarapan dulu, taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 ini tidak menyediakan sarapan dan makan tengahari.
Ok, mari kita lihat apa yang dibuat di PKG Bahau:
Taraaaa:
Screen shot apa yang mesti di isi dalam Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015
Setiap kaunselor mesti masukkan data murid lepasan SPM 2015 dalam perisian Microsoft Access yang diberi. Butiran yang penting ialah samada murid lepasan SPM 2015 itu sambung belajar (kena nyatakan di institusi apa) atau murid lepasan SPM 2015 itu tidak menyambung pelajaran (bekerja, menganggur, meninggal dunia dan lain-lain)
Agaknya, kaunselor dilihat sebagai 'pegawai perhubungan sekolah' apa tengok muka kaunselor ada jawapan? Jawapan tentang ke manakah semua bekas anak didik ni pergi? Haha!!
Saya sendiri yang anak murid tak ramai ni, iaitu 29 orang murid lepasan SPM 2015, terkial-kial menyiapkan tugasan ini. Lalu berduyun-duyun Whatapps di hantar kepada bekas anak murid lepasan SPM 2015 untuk mendapatkan maklumat.
Nasib saya baik, jawapan diorang sangat cepat dan relevan. Dapatlah saya siapkan hari ini juga (pihak PPD nak hari Jumaat ini). Mari saya ingatkan sekali lagi bahawa bengkel ini diadakan pada hari ini. Maksudnya kaunselor ada 5 hari untuk menyiapkan tugasan. Masa yang singkat! Cuba bayangkan sekolah yang ada 200, 300 dan 400 orang murid lepasan SPM 2015. Pengsan!!
Aplikasi ini dicipta untuk membenarkan kenyataan bahawa "guru dan murid berpisah tiada" hehe. Apa tak nya, dah habis sekolah pun kaunselor masih hubungi mereka, ok!!
p/s: terima kasih kepada Shahida dan Liyana (kaunselor SMK Datuk Mansor) atas tutorial dan kesabaran membimbing saya.
p/s: murid-murid lepasan SPM tak kisah tahun berapa, bila-bila free, kita lepak sama-sama ok, saya nak dengar gosip terbaharu! ahaks!!
Pekan Bahau tu dekat dengan kampung saya. Sekolah mana ye?
BalasPadamBila kaunselor sekolah kena isi informasi ni? Sebaik murid habis belajar ke atau lepas setahun? Hehehe...
BalasPadamKalau baru sebulan habis belajar, mana nak tahu ke mana perginya semua bekas anak murid...
Eh, kaunselorkan ada sixth sense! Pandai-pandailah mengagak anak murid yang mana akan sambung belajar, yang mana akan terus bekerja dan yang mana akan kahwin muda ^_^
Besar juga pahala menjadi kaunselor.. Berkhidmat untuk manusia
BalasPadamtudia.. cikgu sekarang x macam dulu.. advance. hahaha
BalasPadamdasat betul cikgu2 zaman skrg ya ;-)
BalasPadamwah berat betul tanggujawab kerja kaunselor ni ye..tapi mesti seronok kan kalau dapat student yang tak lost contact after abis sekolah pun..
BalasPadamamy: oh, orang bahau ke? SMA Haji Muhamad ;)
BalasPadammummy: kita tak boleh main agak je mummy, data ni diperlukan di peringkat jabatan ;)
hanafi: semua pekerjaan pun besar pahala kalau buat dengan betul ;)
pha: cikgu sekarang macam-macam kerja dia buat!
anies: haha, apa yang dahsyat tu anies?
cik tom: ada beberapa murid yang masih menghubungi saya, best!
dasat maksud sy = buat kerja mcm2 selain mengajar ;-)
BalasPadamanies: macam-macam kerja rencam yang cikgu buat sekarang huhu
BalasPadam