Hai semua. Selamat menyambut Hari Merdeka!
Ok, hari ini nak cakap pasal hutang. Haaa, saya memang banyak hutang. Hutang keliling pinggang!
Umur kecik lagi, saya dah ada hutang. Iaitu PTPTN. Maklumlah keluarga kurang kaya.
Bila dah ada gaji, hutang kereta pulak!
Tahun ____ hutang _____
Tahun ____ hutang _____
Saya ini jenis penakut. Abah selalu ingatkan saya, kalau tak mampu (nak beli sesuatu) jangan beli. Jangan tambah hutang. Beli benda penting sahaja.
Sebab itu saya hanya mampu tengok orang pakai iPhone haha!
Alhamdulillah, ada hutang yang telah dijelaskan. Jadi, komitmen dah kurang.
Banyak pulak rintangannya.
Salah satu daripadanya ialah kehendak nak tukar kereta baharu. Yang ini memang dugaan paling kuat!
Dua tahun sebelum habis bayar kereta, macam-macam jenama kereta bermain dalam kepala saya. Terutama sekali Toyota Camry!
Tapi ntah macam mana, ianya lenyap setelah saya halakan pada sesuatu yang lain.
Baru-baru ini, ada kawan saya cerita pasal nak jana pendapatan dengan cara berhutang. Timbul keinginan nak mencuba! (sebab komitmen hutang yang ada sekarang dah kurang)
Secara ringkasnya, kawan saya terangkan begini:
1. Buat pinjaman peribadi RM50K di bank
2. Masukkan RM21K dalam Mymi1 (pakej VIP)
3. Beli motor berkuasa tinggi RM20K
4. Ada tunai dalam tangan RM9K
Saya agak berminat! 21K masuk dalam Mymi1, selebihnya boleh menjadikan saya dealer Public Gold!
Saya pun menelefon sahabat saya, bincangkan hal ini. Sebenarnya boleh sahaja saya ke bank terus, tanpa berbincang dengan sesiapa, tapi macam yang saya cakap, saya ini jenis penakut bab-bab hutang ini.
Kesimpulan daripada perbualan telefon tersebut, saya memutuskan untuk tidak membuat hutang yang baharu di bank.
Alhamdulillah, pihak Public Gold ada buat promosi di Bulan September untuk sesiapa yang berhajat nak jadi dealer iaitu:
1. Bagi pelajar: beli emas bernilai RM2500 dengan akaun GAP
2. Bagi penjawat awam: beli emas bernilai RM5000 dengan akaun GAP (kalau sebelum ini perlukan hampir RM30K jugak nak jadi dealer)
Kalau saya nak masuk pakej VIP di Mymi1, kumpullah duit sampai 21K.
Tak payah nak buat hutang lagi di bank. Ini adalah lebih baik.
Alhamdulillah, saya bertuah sebab ada yang tolong ingatkan tentang hutang-piutang ni!
Apa benda Mymi1 ni, dah buka website tapi kurang faham bahasa mat salleh haha..
BalasPadamwow.. best bila kurang hutang, sy pun xhabis byr MARA lg
BalasPadamsetakat ni ada kwn ois ajak main mcm tu tp xnk layan sbb dh main saham dlm ASB :)
elip: mymi ni perniagaan jual topup
BalasPadamnina: asalkan menyimpan ;)
Htang2 ni mmg bhaya..
BalasPadamSilap langkahbbleh bt kita papa kedana..kalau bleh kak terangkan lagi ttg public gold tu..nak tahu gak apa yang mnarik..hehe
saya pun jenis x berani sangat pasal hutang2 nih..
BalasPadamwahhhh hebat hebat :D
BalasPadamkena selesaikan segala hutang sebelum menutup mata kan? best la blog puan, jadi sy follow lah..
BalasPadambisnes yang bagus jangan berhutang biarpun alasan sebagai modal..
BalasPadambiar pelahan dan sedikit kerana hutang itu ibu kepada riba..
kalau diriba suamai atau istri..tak pelah..seronok lagi ada..he..he..
kalau nak buat bisnes, saya suka yang modal rendah tapi pulangan yang mengasyikkan
BalasPadamReen dah diajar oleh ayah untuk tidak berhutang kecuali yang penting. Seperti beli rumah..
BalasPadamkalau boleh memang tak nak berhutang.
BalasPadamYa.
BalasPadamSiapa ada hutang, sila bayaq cepat-cepat.
jie:
BalasPadampublic gold ni jual beli emas dan perak...boleh beli emas dan perak melalui
kaedah Gold Accumulation Program (GAP), beli emas serendah 1gram je. boleh
tengok di laman web public gold. untuk penerangan lanjut, boleh emel saya
hazreen2008@yahoo.com
pha is: sama lah kita hehe
diarios: terima kasih
abam: terima kasih follow
mr.hanafi: haha!
sis raihanah: saya pun suka, tapi susah nak jumpa huhu
reen: bagusnya!
amy: tulah, kalau boleh memang tak nak hutang
titan: betul, lagi cepat habis hutang, lagi legaaa
ada cikgu. boleh kontek saya. hihi. cikgu pun boleh.
BalasPadamHutang ni menyiksakan betul. Tapi itulah, adakalanya godaan untuk berhutang lagi buat kita tersiksa.
BalasPadamMacam sayalah, bila selesai aje bayar kereta, dah mula meninjau kereta baru walaupun tahu kereta bukannya jadi harta berganda.
ramai suka dengan perkhidmatan MYMIl ni, cumanya saya belum berkesempatan melihatnya lagi
BalasPadamselamat hari merdeka juga cikgu :D
BalasPadamalhamdulillah hutang saya sudah selesai terutama MARA..rasa nak mati pun aman heee...sykur bila berniaga dari rumah sikit-sikit akhir habis juga.kalau boleh tak mahu pinjam takut tak larat nak bayar..tak mahu bebankan sapa-sapa...
BalasPadamtak pernah dengar pasal ni, terima kasih atas info sis...
BalasPadamsemoga apa inginkan akan jadi nyata ya..hutang akan bayar sebaiknya jangan tangguh susah hidup nanti
BalasPadamhutang memang senantiasa tak pernah putus kan
BalasPadamhuhu..tq bagi penerangan kat jie..
BalasPadamsiap bg email lg..
nice share :)))))
BalasPadamraihanah: tq sis ;)
BalasPadammummy: kita sama sis, teringin kereta baru je hehe
seri nian: mymi1 ni boleh byr bil, itu kelebihannya
uncle: tq uncle!
suri: tahniah habis bayar!
nila: sama2 sis
cik lily: betul tu!
jie: kalau ada apa2 nak tanya, sila kan ;)
sharinginfoz: tq singgah sini ;)
bisnes kalau tiada modal yang mencukupi agak berat nak jalan..
BalasPadamhero borneo: mulakan apa yang kita ada ;)
BalasPadambetter elakkan dari berhutang yang banyak kalau nak melabur dlm biz..alhamdulillah ada org ingatkan cikgu..lagi seronok ada offer jadi dealer..ciktom xberkesempatan nak join...harap2 ada lagi promosi yg sama tahun depan..
BalasPadamBanyak hutang banyak pulak bebannya cik tom
Padamin syaa allah kalau ade rezeki cik tom untuk jadi dealer publicgold, tak kemana