Jumaat, 26 Ogos 2016

Hari Terbuka Kolej Vokasional Juasseh

kolej vokasional juasseh, kv juasseh
Semalam saya dan sebahagian daripada murid-murid tingkatan 3, diberi peluang untuk menghadiri Hari Terbuka Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan.

Sebaik sahaja tiba di Kolej Vokasional Juasseh, kami di bawa melawat ke bengkel-bengkel yang ada.

kolej vokasional juasseh

Bengkel ini sahaja yang saya singgah. Saya terus keluar untuk melihat pameran hasil kerja pelajar Kolej Vokasional Juasseh dan melihat gerai-gerai jualan yang ada. Manakala, murid-murid yang lain meneruskan lawatan ke bengkel-bengkel yang ada.

Kolej Vokasional Juasseh

Ini adalah hasil kerja pelajar Kolej Vokasional Juasseh. Kotak yang diubahsuai (ada banyak partition di dalamnya)

Kolej Vokasional Juasseh
Produk ini sangat menarik hati saya (sebab saya suka travel haha). Iron board dalam bagasi.

Kolej Vokasional Juasseh
Bahasa Arab

Jom kita tengok produk bekas anak murid saya, yang sekarang ini belajar di Kolej Vokasional Juasseh pulak

Kolej Vokasional Juasseh
Ini macam ala-ala pendingin hawa


Kolej Vokasional Juasseh
Ini alat nak tahu kelembapan tanah dan sebagainya


Kolej Vokasional Juasseh
Ini ialah sejenis alat pemotong

Pada saya semua produk yang dipamerkan sangat simple, tetapi menarik dan kreatif.

Boleh dikomersialkan. Tapi kena buat kajian lagi lah macam mana nak disesuaikan dengan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tapi, beberapa penambahbaikan:

1. Tiada bekalan elektrik
Ada 1 produk yang menggunakan sudu plastik, untuk dijadikan lampu. Sangat menarik, tapi sayangnya lampu tidak dapat dihidupkan sebab tiada bekalan elektrik (tiada plug untuk menyambung bekalan elektrik). 

Saya: Cuba pasang dik
Adik 1: Tak boleh, takde elektrik. Tapi memang boleh nyala cikgu
Adik 2: Kena guna imaginasi tinggi bayangkan lampu ni nyala
Saya: Eh, awak ni. Carilah wayar penyambung ke, apa ke, takkan nak suruh saya bayang? !@#$%%&^&&*

2. Cara pelajar menjawab kurang meyakinkan
Ada 1 produk tu, produk menggunakan pasu (baldi) dan menggunakan sumbu untuk menyedut air ke akar pokok bunga.

Saya: Dik, boleh isi penuh ke air dalam baldi ni? Sebab awak isi macam sikit sangat.
Adik: Ntah lah
Saya: Dik, lain kali jangan jawab "ntahlah", jawab saya tak berapa pasti cikgu, sebab belum pernah cuba"

Saya ajar dia cara menjawab dengan lebih baik haha!

3. Ada booth, tapi orangnya tiada
Ada produk di booth, tapi tiada sesiapa yang nak menerangkan produk tersebut.

Tapi, saya suka 1 booth ni. Produknya alarm di bantal. Unik kan?

Saya: Dik, slow nya bunyi alarm ni? kalau sayalah, tak bangun bunyi macam ni.
Adik: Tulah cikgu, nanti saya akan kuatkan bunyinya
Saya: Dik, bunyi alarm ni boring, apa kata kau letak lagu rock ke, cepat bangun nanti
Adik: Oh, boleh jugak cikgu.
Saya: Dik, letak alarm dalam bantal ni tak bahaya ke? Ada apa-apa kesan pada kesihatan?
Adik: *dia mula sebut pasal gelombang telefon, saya tak berapa ingat*
Saya: Ha, bagus cara awak jawab. Tahniah, moga terus maju jaya!


Kolej Vokasional Juasseh
Bersama bekas pelajar


Kolej Vokasional Juasseh
Taklimat kemasukan ke Kolej Vokasional Juasseh

Kolej Vokasional Juasseh

Bakal masuk ke Kolej Vokasional Juasseh tahun depan ^_^

Terima kasih kepada Kolej Vokasional Juasseh kerana sudi menjemput kami. 

12 ulasan:

  1. semoga mereka dapat banyak manfaat dari hari terbuka ni

    BalasPadam
  2. menarik sungguh hasil rekaan mereka..teringat saya dengan anak lelaki saya yang kini belajar di MRSM Betong..dia suka benda yang kreatif begini..

    BalasPadam
  3. wah bagus rekaan yang terhasil...syabass

    BalasPadam
  4. Huhu... Sangat berkaliber budak-budak mencipta produk.. menarik...

    BalasPadam
  5. menarik sekolah vokasional skrg ni

    BalasPadam
  6. waktu ni paling seronok sebab boleh restkan minda

    BalasPadam
  7. nik: di sini lah diorng boleh fikir nak ambil kursus apa nanti

    hanafi: memang kreatif diorng nih

    nila: memang bagus...saya pun terkesima

    pondok: yep, betul tu

    raihanah: diorng memang dah banyak penambahbaikan

    BalasPadam
  8. bapa pelajar16 November, 2016

    Tolonglah buat FB KVJ adminnya staff KVJ sendiri..senang mak bapak nk nengok perkembangan pelajaran/aktiviti yang dilakukan oleh pihak kolej.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin tuan boleh suarakan dalam mesyuarat PIBG

      Padam
    2. bagus jugak idea bapa pelajar ni..tapi silap saluran pulak..boleh ikut nasihat cikgu..sebaiknya suarakan dlm meeting PIBG...

      Padam
  9. menarik dan kreatif produk yang dihasilkan...ciktom suka tgok yg iron board dlm travel bad..senang nak gosok time travel kan..hhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, betul tu, kreatif betul budak-budak ni

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...