Dua hari ini ke Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (PREVENT) 2014 yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sebenarnya, ini adalah pertama kali saya menghadiri seminar antarabangsa ahaks. Terima kasih kepada JPNNS dan PEMADAM yang memberi peluang kepada saya menghadiri seminar yang sebegini.
Dr. Mohd Rushdan b. Mohd Jailani
Pengarah Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA)
Tajuk pembentangan dari Dr. Mohd Rushdan: Application of Islamic Psycho-Spiritual Therapy In Drug Rehabilitation
En. Mohd Rafidi b. Jusoh
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK)
Tajuk: Psycho-Educational Therapy
Community Battery - Drug Abuse Prevention Strategies
Saya masuk ketiga-tiga bilik seminar (boleh pilih nak dengar yang mana)
Jom tengok menu minum pagi:
bukan gambar sebenar
Ha, percaya tak? Percaya ok. Spaghetti bolognese. Mungkin sebab ada orang putih kot.
Di sebelah petangnya ada Parallel Sessions. Ada 7 tajuk pembentangan dan boleh pilih tajuk mana yang nak didengari.
Hari ke-2 pula:
Bob Garon dari The Nazareth Formation House, Filipina
Banyak info yang saya dapat sepanjang 2 hari ini.
Bolehkah penagih dadah dipulihkan?
Boleh. Tapi mengambil masa yang tidak siapa tahu berapa lama.
Pembuka jalan kepada dadah ialah rokok.
Menurut Bob Garon, kalau umur muda (murid sekolah rendah atau awal menengah) sudah merokok, ia akan rosakkan otak di bahagian hadapan (tempat di mana keputusan dibuat)
Jadi, elakkan lah merokok.
Jom kita cegah penagihan dadah (kalau tengok statistik, memang kecut perut!)
P/s: Jumpa Zahroni - kawan masa belajar di UMT dulu, sekarang sambung belajar di USIM (saya ntah bila nak sambung) haha
* minta maaf atas gambar yang kurang jelas (ini yang rasa nak tukar hp Sony ahaks!)
Mesti seronokkan kalau dapat join event2 cam nih... terbaik...
BalasPadamhttp://supernifzvitamin.com/vitamin-untuk-kulit-cantik-tak-perlu-make-up-lagi/
jangan lupa outcome yang boleh diaplikasikan di sekolah cikgu nanti hasil dari seminar ni. beri kesedaran awal kepada murid2 akan bahaya dadah.
BalasPadammerokok ni bahaya betulkan..memang kena usaha untuk bagi kesedaran daripada peringkat sekolah rendah lagi dan perlu berterusan
BalasPadamseminar2 anti dadah sekarang semakin kurang, bagus sangat banyakkan/kerapkan semula.
BalasPadamMenariknya dapat join seminar-seminar macam ni especially bab-bab psycho theraphy tu... camna nak handle orang2 yang dah terjebak dalam dadah ni... payah tuu... huhuhu
BalasPadambagus betul program mcm ni. boleh bagi kesedaran buat anak muda
BalasPadamHabis tu...mana gambar mee yang sebenar?hahaha
BalasPadamsaya rasa paling utama bapa kena tunjuk contoh terbaik..
BalasPadamagak pelik jika bapa merokok, tetapi dia melarang anaknya merokok.
fatwa pun kata haram kan? Tapi biasalah, kalau dah ketagih..ada pulak fatwa lain yang dikeluarkan...