Dari GM Holiday Hotel ke Teluk Batik ni, tak lah jauh mana, dalam 10 ke 15 minit sahaja. Untuk entri sebelum ini, sila klik sini.
Pemandangan di Teluk Batik
Kami ada lebih kurang 2 jam di Teluk Batik. Ada Banana Boat di sini, tapi tak naik pun. Jadi, lepak-lepak duduk di kerusi di tepi pantai yang dikenakan sewa RM2 kalau tak silap sepanjang hari. Lupa pula nak snap gambar kerusi haha. Tiada kaunter khas untuk pembayaran. Kita duduk je, nanti ada orang datang kutip duit. Haaa, servis kutip duit ni memang cepat, letak punggung je terus dia sampai haha! Tak lama pun duduk di kerusi ni, tekak mula nak makan macam-macam.
Pergilah mencari makanan. Sebelum sampai ke kawasan pantai Teluk Batik, terdapat deretan gerai yang menjual macam-macam jenis makanan, pakaian dan cenderamata. Macam di Port Dickson.
Ada macam-macam rupa bentuk fridge magnet, sukar membuat keputusan! Tapi saya tak beli pun, sebab kedai ni tak bagi kurang harga bila beli beberapa pasang seluar. Mungkin di tempat lain boleh beli fridge magnet ni.
Dengan masa yang terhad, membeli-belah sahajalah di Teluk Batik ni. Aktiviti air di tangguhkan di Pangkor Rimba Kem Resort ^__^
FM wajib cari dan beli kalau ke mana2 kan :)
BalasPadamAwal tahun 2000 saya pergi Teluk Batik, sotong kat sana murah-murah. Sekarang masih murah ke?
BalasPadamsenang sangat bisnes mereka ni
BalasPadamsewa kerusi
rasanya berbaloi kalau duduk sepanjang hari
pantai pun cantik
Bestnye..info.ni..thanks
BalasPadamjemput ke blog
blogwalking
best jg ye kat sana tue. tak pernah sampai lagi pantai2 di Perak nie.teringin nak jejakkan kaki ek Pulau pangkor. hehe
BalasPadamdah lama fyna tak pergi sini.
BalasPadamTeluk Batik tak best macam dulu dah..kotor..
BalasPadamDah lama tak ke Teluk Batik.
BalasPadamSalam kenal Cikgu Hazreen :)
From FAMF Tower
Saya suka Teluk Batik.
BalasPadamSaya dulu praktikal lumut dan stay dalam 6 bulan.
Cantik sangat pantai dia.
Best.