Khamis, 6 November 2014

Lawatan Ke Lumut, Perak - Teluk Batik (2)


Dari GM Holiday Hotel ke Teluk Batik ni, tak lah jauh mana, dalam 10 ke 15 minit sahaja. Untuk entri sebelum ini, sila klik sini.


lawatan sekolah, lawatan, lumut, perak, teluk batik

Pemandangan di Teluk Batik

Kami ada lebih kurang 2 jam di Teluk Batik. Ada Banana Boat di sini, tapi tak naik pun. Jadi, lepak-lepak duduk di kerusi di tepi pantai yang dikenakan sewa RM2 kalau tak silap sepanjang hari. Lupa pula nak snap gambar kerusi haha. Tiada kaunter khas untuk pembayaran. Kita duduk je, nanti ada orang datang kutip duit. Haaa, servis kutip duit ni memang cepat, letak punggung je terus dia sampai haha! Tak lama pun duduk di kerusi ni, tekak mula nak makan macam-macam. 

Pergilah mencari makanan. Sebelum sampai ke kawasan pantai Teluk Batik, terdapat deretan gerai yang menjual macam-macam jenis makanan, pakaian dan cenderamata. Macam di Port Dickson.

lawatan, lawatan sekolah, lumut, perak, teluk batik

Ada macam-macam rupa bentuk fridge magnet, sukar membuat keputusan! Tapi saya tak beli pun, sebab kedai ni tak bagi kurang harga bila beli beberapa pasang seluar. Mungkin di tempat lain boleh beli fridge magnet ni.

Dengan masa yang terhad, membeli-belah sahajalah di Teluk Batik ni. Aktiviti air di tangguhkan di Pangkor Rimba Kem Resort ^__^

9 ulasan:

  1. FM wajib cari dan beli kalau ke mana2 kan :)

    BalasPadam
  2. Awal tahun 2000 saya pergi Teluk Batik, sotong kat sana murah-murah. Sekarang masih murah ke?

    BalasPadam
  3. senang sangat bisnes mereka ni
    sewa kerusi

    rasanya berbaloi kalau duduk sepanjang hari

    pantai pun cantik

    BalasPadam
  4. Bestnye..info.ni..thanks
    jemput ke blog
    blogwalking

    BalasPadam
  5. best jg ye kat sana tue. tak pernah sampai lagi pantai2 di Perak nie.teringin nak jejakkan kaki ek Pulau pangkor. hehe

    BalasPadam
  6. dah lama fyna tak pergi sini.

    BalasPadam
  7. Teluk Batik tak best macam dulu dah..kotor..

    BalasPadam
  8. Dah lama tak ke Teluk Batik.
    Salam kenal Cikgu Hazreen :)
    From FAMF Tower

    BalasPadam
  9. Saya suka Teluk Batik.
    Saya dulu praktikal lumut dan stay dalam 6 bulan.
    Cantik sangat pantai dia.
    Best.

    BalasPadam