Sabtu, 8 Disember 2012

Dari Stesen KTM Serdang Mencari Big Bad Wolf 2012


Aku sampai di Stesen KTM Serdang pukul 10 pagi. Opppsss terlewat 1 jam dari janji yang telah dibuat. Huuuu.

Mell pula baru naik bas pukul 9.50 pagi (dia dah tunggu dari pukul 8.00 pagi, ok) lamanya dia tunggu bas. Kasihan Mell.

Jadi, aku pun makan dulu di kedai makan yang betul-betul berada di sebelah kiri stesen. Aku ambil nasi goreng, telur ayam masak sambal dan air teh o panas. Semua sekali RM4 sahaja. Sebenarnya dah minum oat di rumah, tapi masih berasa lapar hehe.


Aku sengaja duduk di meja yang mengadap ke jejantas. Aku tengok seorang demi seorang turun dari jejantas membawa beg plastik yang ada cop ni:

Ada yang bawa 1 beg sahaja, ada bawa 1 beg penuh, ada yang bawa 2 beg kiri dan kanan. Itu belum tengok yang kat dalam beg sandang lagi. Mak aiiii

Nasi dah habis. Air dah habis. Mell tak sampai-sampai. Malu pula rasanya bila semua dah habis tapi tak bangun-bangun. Hurmmm, nak buat apa ni? Haaa! pergi beli tiket balik Senawanglah sementara tak ramai orang ni. 

Perhatian:
1. Stesen KTM Senawang tidak menjual tiket pergi-balik. Jadi tiket balik kena beli dari tempat yang kita turun)
2. Bila sampai tu, teruslah beli tiket balik, sebab nanti kena beratur yang sangat panjang, sangat panjang, betul! tak tipu! Aku dah kena huhuhu

Bila dah beli tiket, aku pun duduk di tembok. Lepas tu duduk di kerusi yang ada meja bulat (aku tak lepas daripada memikirkan lokasi BBW ni "kat manalah BBW ni?". 

Masa aku tengah duduk-duduk tu, ada sepasang manusia datang kearahku bertanya:
"Excuse me, nak tanya, macam mana nak pergi The Mines?"
"Oh, The Mines, naik jejantas, lepas tu ada satu point untuk naik bot.
"Hah, naik bot?
"Ye, bot, 1 orang RM2 sahaja. Boleh naik teksi dan bas, tapi saya tak tahu"
"Ok, ok thank you"

Aku perhatikan seorang abang yang berjalan laju menuruni anak tangga jejantas sambil memegang 1 beg plastik yang penuh dengan buku semestinya daripada pesta buku BBW. Dengan berpeluh-peluh, dia terus membeli sepotong tembikai berhampiran tempat aku duduk.

Aku fikir 'baik tanya abang ni, malu tanya nanti sesat'
"Bang, tempat ni kat mana?" (sambil menuding jari ke beg plastik)
"Oh, naik jejantas ni, sampai hujung, lepas tu terus, jumpa traffic light belok kiri, terus, nanti jumpa. Adalah dalam 30 minit."
"Ha? Jalan kaki? Kalau masuk The Mines tak boleh ke?"
"Oh, itu tak pastilah"

Alamak, jauh ke BBW ni. Bukan dalam The Mines ke? Hampi pukul 12 tengahari, Mell pun sampai. Sementara tunggu Mell sarapan, aku ke kaunter tiket untuk tanya tempat Mines Convention Centre ni untuk penjelasan lanjut. Abang kat kaunter pun cakap benda yang sama. Oh, bukan dalam The Mines lah. Takpe, redah jelah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...