Sabtu, 8 Disember 2012

Akhirnya Jumpa Juga Big Bad Wolf 2012


Selesai makan, kami pun memulakan misi mencari BBW di Mines Convention Centre (MIECC). Mula-mula. kami melalui jejantas. Lepas tu, belok kanan, terus. Lepas tu, kami tak jumpa pun traffic light, macam yang abang tadi cakap. Ok takpe, kami jalan lagi sehingga lah masuk ke kawasan Heritage-ni hotel kot.


Siap terserempak dengan budak-budak sekolah ni:

yang sangatlah riang gembira!

"Mell ni dah macam nak ke The Mines"
"A ah la"
"Kita tanya abang ni" (pengawal keselamatan)
"MIECC?"
"Go straight"
"Thank You"

"Eh, Mell, kalau pergi terus, kita masuk The Mines lah, tak pe kita tanya pemandu teksi plak. Kebetulan ada 2 orang pemandu teksi di depan The Mines.

"Macam mana nak pergi MIECC?"
"You masuk sini (The Mines), pergi tingkat 3 nanti you jumpa"

Oh, masuk The Mines. Kalau tahu tadi, naik bot jer. Kami dah lalu jalan jauh lahhhhhh.

Kami menuju ke tingkat 3. Sepanjang perjalanan, kelihatan ramai orang membimbit beg plastik daripada BBW. Wow! Teruja sangat ^_^ Bila sampai tingkat 3:

"Mana ni Mell? Tak de signboard pun"
"Kak, kita tengok peta jap" 


Puaslah mencari-cari kat manalah MIECC ni. Bagai pucuk di cita ulam mendatang, ada sepasang suami isteri (aku agaklah) pun nak tengok peta juga. Apa yang menariknya? Haaa, ditangannya ada beg BBW lah!! Seorang 1 beg penuh! Apa lagi, aku terus tanya:

"Tempat ni (sambil menuding jari ke arah beg plastik) kat mana?"
"Oh, jalan terus, nampak kedai F.O.S tu, belok kanan. Ada tangga, lalu jambatan"
"Terima kasih"

Kami pun mengikut seperti yang diberitahu. 

Perhatian:
1. Anda akan melalui jalan yang menyeramkan dan sunyi.
2. Anda akan dapat lihat banyak kerusi kayu berukir dalam cermin kaca (mungkin ini adalah tempat simpanan stok)
3. Tempat ni boleh juga dijadikan sebagai tempat shooting filem atau drama seram

Akhirnya, kami sampai di pintu gerbang yang menawan ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...