Rabu, 7 November 2012

Tarikh Keramat 03 Nov 2012 ^_^


Sudah lama rasanya tak menaip huhu. Entri ini ditulis untuk meraikan sahabat-sahabat yang dapat tukar sekolah ^_^ Ada 4 orang yang dapat tukar. Alhamdulillah

Aku tak pernah rasa lagi sepertimana sahabat-sahabat aku lalui. Ada yang sanggup turun naik Putrajaya untuk mohon pindah. Melalui pelbagai kerenah manusia, dan akhirnya berjaya pindah (tanpa melalui orang dalam/kabel) setelah 3 tahun berkhidmat di Sarawak...perghhh amazing...dan tahun ke-4 dia akan berkhidmat di tanah tumpahnya sendiri Perlis (senyum lebar-lebar). Dan keterujaannya itu diterjemahkan melalui kata-kata "yeah...lepas ni nak packing barang!" 

Apa yang dia telah lalui, tentunya aku tak sanggup lalui. Betapa sabar. Tahun 2012 menjadi saksi keterujaannya nak balik Perlis setiap 2 minggu sekali. Memang kaya AirAsia. Menitik juga airmata
bila dengar rintihannya. Kami - sahabatnya sentiasa berdoa tahun demi tahun untuk dia dapat pindah ;)

Sebab utama mohon bertukar ni adalah keluarga...tapi tak ketinggalan juga suasana tempat kerja. Kalau suasana negatif saja, memang rasa nak pindah tu melambung-lambung. Macam sekolah kawan aku yang guru besarnya asyik tanya "bila you mau pindah" Haaaaa, kalau aku pun pening...dan kemungkinan besar aku akan jawab "sekarang jugak saya pindah, tuan" haha. Kawan aku yang ini pun dapat pindah. Mesti lega hati guru besar dia.

Selain daripada keterujaan mereka-mereka ini sebab dapat pindah dengan sekolah yang berdekatan dengan rumah dan suami masing-masing, ada juga terselit kebimbangan tentang sekolah baharu yang akan dijejak nanti. Terutamanya dah tentu penerimaan diri sendiri dengan sekolah dan penerimaan sekolah terhadap mereka. Tapi rasanya, bila ada keluarga yang positif disekeliling, insyaallah apa pun akan jadi positif. Jangan stress ok! Baru Produktif!

Kepada sahabat-sahabat yang dapat tukar (iza, riz, dilla dan yaya) syukur alhamdulillah. Semoga akan tersenyum lebar selepas ini di sekolah baharu masing-masing! Kepada yang tak dapat, teruskan usaha di tahun hadapan. Dan jangan lupa projek besar kita tahun 2013 ok!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...