Sabtu, 7 Mei 2011

Tabiat Buang Sampah Merata-rata Tempat - Aku Geleng Kepala


           Adakah anda tergolong dalam golongan yang waras ketika membaca entri ini? Harap semua orang waras ye. Kalau anda waras, tentunya anda tidak termasuk dalam golongan yang suka membuang sampah sesuka hati di merata-rata tempat.

       Aku bukanlah lahir dalam keluarga yang sangat menjaga alam sekitar, tetapi abah aku selalu mengingatkan bahawa jangan ada sampah yang keluar dari bas (ketika ini abah masih belum mempunyai kereta) dan juga tak akan ada sampah keluar dari kereta ketika kami sama-sama menaiki kereta, tak kisahlah sama ada ke sekolah, balik kampung ataupun bercuti.

          Amalan ini pula diperkukuhkan dengan kata-kata guru aku semasa di sekolah. Antara ayatnya kalau membuang sampah di merata-rata tempat "kalau 10 orang macam awak dalam dunia ni, habis jahanam". Masa sekolah pun kita didedahkan dengan tanggungjawab menjaga kebersihan terutamanya kelas. Jadi, wujudlah jadual waktu bertugas.

          Sepatutnya, proses-proses kesedaran alam sekitar yang berlaku di zaman persekolahan sudah pun sebati dan lekat pada diri kita yang sudah pun di akhir remaja ini. Jadi tidak timbul "kurangnya kesedaran sivik". Takkan dah tua pun kena cakap "eh, kau tak boleh buang sampah di sini, buang kat situ haa, dalam tong sampah" Adoiiiiiii (sambil tepuk dahi)

2 ulasan:

  1. Negara Jepun paling bagus tang kebersihan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya belum ke jepun, tapi ramai orang cakap jepun bersih ;)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...