Abah aku selalu beli surat khabar hari-hari. Surat khabar kegemarannya ialah Berita Harian. Biasanya abah akan beli di waktu pagi. Lepas baca sekali di waktu pagi, abah akan belek lagi di waktu malam selepas makan malam. Malamnya pula, jangan buka saluran berita yang lain, hanya tv3.
Abah kata maklumat itu sangat penting, walhal abah aku bukanlah bekerja di bidang profesional. Tapi dia bersungguh untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Tabiat itu jatuh pada kami sekeluarga. Mesti baca surat khabar berita harian setiap pagi, kalau baru nak beli pada waktu petang, "baik tak payah beli" itu kata-kata mak. Kalau tengok berita, mesti tv3.
Bila dah besar ni, dan mempunyai ramai kenalan, kawan aku kata "kita jangan hanya bergantung kepada 1 sumber maklumat saja" maksudnya, ada banyak lagi surat khabar yang lain untuk kita tambahkan maklumat. Sebab itu aku tengok dia beli banyak surat khabar dalam 1 hari. Hemmm, ada juga benarnya. Aku pernah terbaca berita yang sama, dalam surat khabar ini, ada maklumat ini, surat khabar itu pula tiada.
Tapi keluarga aku tetap beli 1 surat khabar sahaja, mak dan abah kata mereka dah biasa dengan Berita Harian.
Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah, kita janganlah terlalu percaya dengan apa yang terpampang di dada akhbar 100 % tanpa ada pertimbangan akal yang wajar. Membaca tanpa ada analisa (percaya bulat-bulat) sesuatu yang perlu dielakkan. Fungsi akhbar adalah sebagai medium penyebaran berita yang sebenar dan juga secara tidak langsung mendidik masyarakat berilmu. Fungsi ini perlulah berfungsi dengan sepenuhnya.
Syabas kepada Berita Harian kerana telah menjadi pilihan keluarga kami ^_^
hari macam macam jenis cerita kita akan dengar. jadi betul sangat tak perlu percaya dengan satu sumber sahaja
BalasPadammemang betul tu tak boleh percaya hanya pada satu sumber je..
BalasPadammcm sepupu ciktom..wife dia pernah kena rompak..dan reporter ada la temuraramah..tengok2 tiga3 suratkhabar yang keluarkan berita semuanya tak tepat & ada unsur tokok tambah untuk dijadikan penyedap berita @pelaris..