Selasa, 29 Ogos 2017

Terima Tab3 7 Essential Lenovo - Terima Kasih Kementerian Pendidikan Malaysia

lenovo, tab 3 lenovo, tab, tab 3

Pada pagi Jumaat yang lalu, saya telah menerima Tab3 7 Essential Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Yeahhh!! Lompat bintang!

lenovo, tab 3 lenovo, tab, tab 3

Tab3 7 Essential Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini didatangkan bersama cover plastik berwarna hitam.

lenovo, tab 3 lenovo, tab, tab 3

Haaa, ada lagi. Selain daripada cover plastik, Tab3 7 Essential Lenovo daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini juga ada sim kad Celcom X-Pax yang berharga RM10.

Ok, ini serius. Saya sangat suka nombor 013-xxx xxxx. Sangat cantik! 

Satu je...kena topup selalu ya. Kalau tak, mati nombornya. Ok, tang ini, Onexox menang, hehe!!

Bukan sahaja di kotak Tab3 7 Essential Lenovo, yang ada tepek nama, dan nombor kad pengenalan, malahan di sim kad pun ada ok. Nasib baiklah kan. Kalau tak, melepas nombor cantik haha!!

Sebenarnya, semasa entri ini hendak ditulis, baru saya belek betul-betul nombornya. Haha!!

Eppp, ada lagi. Tab3 7 Essential daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini juga didatangkan bersama Aplikasi Tutor Guru dan Aplikasi Digital Utusan Malaysia. Haaa, hambik kau! Bacalah sampai juling bijik mata!

Antara spesifikasi Tab3 7 Essential Lenovo ini:

Jumaat, 25 Ogos 2017

Menjenguk Murid di Kantin Sekolah


Image result for school canteen

Gambar di atas itu bukan gambar kantin sekolah saya.

Siang tadi, saya berkesempatan untuk menjenguk murid-murid di kantin sekolah.

Seingat saya, tahun ini baru 2 kali saya berkesempatan berbuat demikian. Well, jangan ingat kaunselor hanya duduk di dalam bilik berhawa dingin goyang kaki atas kerusi yang empuk ya.

Tolong betulkan persepsi anda.

Menjenguk murid di kantin sekolah adalah salah satu aktiviti pemerhatian yang saya buat ke atas murid-murid sekolah, yang mana aktiviti ini saya tiru daripada mantan GPK HEM saya (Ustaz Abd. Hamid) yang suka melihat gelagat anak muridnya sewaktu di kantin.

Hari ini ialah hari Jumaat, minggu murid-murid balik kampung. Esok akan bermulanya cuti sekolah selama seminggu.

Hari ini tak ramai murid-murid yang makan di kantin kerana:
1. Kehabisan duit belanja (bagi murid asrama)
2. Tunggu waktu makan tengahari jam 12.30 tengahari di dewan makan (tamat waktu persekolahan hari Jumaat)
3. Tidak membawa duit belanja (murid bukan asrama)

Harga makanan? Sangat berpatutan. Maksudnya murah.

Tapi, bagi waktu persekolahan yang panjang, seperti sekolah saya, waktu rehatnya 2 kali sehari.

Kalau rehat kali pertama RM2

Rehat kali kedua RM2

Ada 8 kali rehat (4hari)

1 kali rehat pada hari Jumaat

Jumlah perbelanjaan bagi seorang murid di kantin ialah RM18 (bagi murid bukan asrama)

Jumlah RM9 (bagi murid asrama). Murid asrama telah membayar yuran makan asrama.

Itu belum termasuk perbelanjaan membeli jajan di sekolah dan asrama.

Adakah cukup wang saku RM10 seminggu?

Isnin, 21 Ogos 2017

Muhasabah Diri

Image result for cermin diri

Al-kisahnya petang tadi, sebelum bermulanya mesyuarat, pengetua meminta semua guru menulis di sehelai kertas A4 tentang 3 perkara; iaitu
1. Kelebihan pengetua
2. Kelemahan pengetua
3. Harapan kepada pengetua

Nama tidak perlu ditulis, tapi saya nyatakan nama saya kerana saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis.

Apa yang saya tulis? Biarlah rahsia hehe...

Sejak dari kecil, saya memang seorang yang berani bersuara.

Tapi lama kelamaan, (mungkin sel-sel otak telah berhubung dengan saraf emosi dan perasaan) menyebabkan kalau nak menyatakan sesuatu perkara (walaupun benar) saya perlu mencari ayat yang sesuai. Orang kata, ayat berlapik.

Bukan basuh
Bukan sound-direct
Bukan jenis cakap main pakai hambur sahaja tapi hati baik
Bukan juga perli

Nak-nak lagi dalam posisi pekerjaan saya sebagai guru, atau lebih tepat lagi sebagai kaunselor, pemilihan perkataan dalam sesuatu ayat itu perlulah tepat dan tidak melukai hati orang.

Selesai menulis, saya pun serahkan kertas kepada pengetua.

Pengetua kata "ini sesi muhasabah saya"

Pengetua ada mencadangkan supaya guru-guru membuat seperti ini dengan anak murid. In syaa Allah saya akan buat.

Bagi saya, ketua yang bagus, ialah ketua yang boleh menerima kritikan.

Image result for cermin diri

p/s: sebenarnya saya rasa bertuah diberi peluang sebegini setelah merasa dibawah pentadbiran 3 orang pengetua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...