Al-kisahnya petang tadi, sebelum bermulanya mesyuarat, pengetua meminta semua guru menulis di sehelai kertas A4 tentang 3 perkara; iaitu
1. Kelebihan pengetua
2. Kelemahan pengetua
3. Harapan kepada pengetua
Nama tidak perlu ditulis, tapi saya nyatakan nama saya kerana saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis.
Apa yang saya tulis? Biarlah rahsia hehe...
Sejak dari kecil, saya memang seorang yang berani bersuara.
Tapi lama kelamaan, (mungkin sel-sel otak telah berhubung dengan saraf emosi dan perasaan) menyebabkan kalau nak menyatakan sesuatu perkara (walaupun benar) saya perlu mencari ayat yang sesuai. Orang kata, ayat berlapik.
Bukan basuh
Bukan sound-direct
Bukan jenis cakap main pakai hambur sahaja tapi hati baik
Bukan juga perli
Nak-nak lagi dalam posisi pekerjaan saya sebagai guru, atau lebih tepat lagi sebagai kaunselor, pemilihan perkataan dalam sesuatu ayat itu perlulah tepat dan tidak melukai hati orang.
Selesai menulis, saya pun serahkan kertas kepada pengetua.
Pengetua kata "ini sesi muhasabah saya"
Pengetua ada mencadangkan supaya guru-guru membuat seperti ini dengan anak murid. In syaa Allah saya akan buat.
Bagi saya, ketua yang bagus, ialah ketua yang boleh menerima kritikan.
p/s: sebenarnya saya rasa bertuah diberi peluang sebegini setelah merasa dibawah pentadbiran 3 orang pengetua.
SS x reti muhasabah... Muhasarawak pandai... He He He...
BalasPadamhaha, ini lawak!!
Padamsusah nak mencari ayat yang sesuai, kena ambik kira banyak benda kan.
BalasPadamyep, betul
Padambetul tu cikgu, kena selalu muhasabah diri kita
BalasPadambetul tu, kita sentiasa ada kekurangan
Padamharap2 pengetua bila terima komen nnt jauh drpd masalah #hatitisu atau #mentalkoyak ;-)
BalasPadamX reti nk beri kritisan sbb diri sendiri pun ada kurang tp bagus jgk pendekatan pengetua tu at least dia tahu apa yg perlu d perbaiki
BalasPadamApa respond pengetua selepas baca?
BalasPadam