Sabtu, 12 November 2016

Bila Astro Telefon


Image result for astro

Semalam Astro telefon lagi. Ntah kali ke berapa buat tahun ini. Mungkin dah 8 kali Astro telefon termasuk semalam.

Patutnya nombor telefon Astro tu di simpan sebagai 
"jangan angkat" atau 
"kalau angkat, meyesal" atau 
"buang masa" atau  
"kalau berani, angkatlah"

haha, boleh gitu??

Saya letih betul kalau Astro telefon. Nak tahu tak kenapa? Ini sebabnya:
1. Astro selalu salah sebut nama saya. Ada pulak BIN hey!! Saya gegirl okeh, tak tukar jantina.

2. Telefon hari Jumaat. Ini tips kepada semua penjual. Tak kiralah jual takaful ke, insurans ke, kad kredit ke, yang sewaktu dengannya, tolong jangan telefon prospek pada waktu pagi sampai tengahari hari Jumaat. Hari Jumaat ialah hari yang paling sibuk, okeh. Telefon waktu petang, 4.30 petang dan ke atas.

3. Astro kalau telefon, takde kerja lain. Asyik nak suruh tambah pakej je. Pakej yang paling murah ni pun (RM41) saya fikir banyak kali nak potong. Sebab saya sendiri dah lama tak tengok tv. Astro masih bernyawa kat rumah ni sebab nanti family datang, termangu-mangu plak takde tv.

Jadi semalam orang Astro telefon saya. Waktu tengahari. Ini waktu puncak. Dah lah saya terkejar-kejar dengan kerja-kerja yang tak siap.

Sedang saya mundar-mandir, keluar masuk pejabat:

"Hello" 
"Ya"

"Ini ................ BIN.........."
"Eh! BINTI lah"

"Oh, maaf. .............BINTI............"
"Ya"

"Saya dari Astro.........."
"Ya, ada apa ek?" dalam hati, adoiiii, habislah aku!

"Saya nak terangkan pakej" ayat tak habis dan saya terus potong
"Tambah pakej?"
"Ya"
"Saya tak minat, saya dah lama tak tengok tv"

"Oh, ini bukan rumah cik ke?"
"Rumah saya"

"Pakej yang ada ni pun saya fikir nak potong"
"Boleh saya tahu kenapa cik tak tengok tv?"

Khamis, 10 November 2016

Pengalaman Membeli Tiket Bas Ekspress Online Melalui Easybook.com


Easybook.com - LARGEST Bus, Train, Car, Tour & Ferry Ticket Booking Website in ASEAN


Ingat tak dulu, kalau nak beli tiket bas ekspress mesti beli kat kaunter bas yang kita nak naik. Dulu-dulu mana boleh beli tiket bas ekspress nak naik dari Muar tapi beli kat Johor Bahru. Eh, macam mana nak cakap ek? Orang-orang lama paham lah saya cakap ni.

Masa berlalu. Beberapa tahun terseksa beli tiket bas ekspress. Saya teringat masa zaman belajar dulu, boleh beli tiket Bas Transnational pergi balik kat kaunter bas. Masa tu rasa heaven sangat tau. Yelah, sebab tak yah risau kalau tiket habis, beli siap-siap. Kerisauan akan meningkat berkali ganda kalau masa raya.

Al-kisahnya masa percutian saya yang baru berlalu ini, (semasa cuti Deepavali) saya telah menggunakan perkhidmatan easybook.com Ia memudahkan kita membeli tiket bas, keretapi dan lain-lain secara online. 

Sebenarnya percutian di Penang ni tak dirancang awal. Tiba-tiba muncul di kepala memandangkan dapat cuti panjang. Kalau tahu awal pasal  cuti panjang Deepavali ni, mungkin saya dah kat Korea dah huuu.

Saya pun menggunakan perkhidmatan easybook.com untuk memudahkan saya membeli tiket bas ekspress pergi balik ke Penang dengan efisen gitu.

Jom kita tengok macam mana rupanya:

Bila kita dah daftar, easybook.com kita boleh lah masukkan tarikh pergi dan balik, pilih bas, pilih seat, pilih masa. Baguskan? 

Lepas itu, easybook.com akan hantar tiket sementara kat emel kita. Pastikan emel kita tu aktif ye.

Selasa, 8 November 2016

Skrin Telefon Samsung Retak - Duit Melayang!

Image result for samsung galaxy grand

Yep, satu-satunya telefon yang ada pada saya, skrinnya telah retak. Menurut Kak Nor, retaknya lawa sangat....haaa adoii!!

Al-kisahnya semasa saya sedang bercuti di Penang pada cuti sempena Deepavali, lebih kurang jam 10.00 pagi, hari Ahad, saya ke event bernama Occupy Beach Street 

Ketika sedang syok mengambil gambar, tiba-tiba saya dilanggar oleh seorang amoi. Telefon saya jatuh tersembam ke bumi. 

Pada waktu itu, saya sangkakan telefon saya ok je. Sebab telefon ni memang dah banyak kali jatuh tapi belum pernah skrinnya retak.

Sekali bila saya kutip telefon, mak aiii retak weh! Macam Kak Nor cakap, retak lawa huhu. Waktu tu saya tergamam. Sambil menyapu skrin telefon di seluar saya, dan memang nampak jelas terkeluar serpihan kaca nya.

Saya beredar. Saya pun malas nak cakap dengan amoi tu. Tak nak jejaskan mood saya yang seronok bercuti. Saya pasti dia pun tak sengaja. 

Mujur ada Pamoga eh, bukan. Mujur kamera masih boleh pakai. Kalau tak, saya terpaksa beli telefon baru di Penang huhu.

Jadi, percutian saya bersama-sama dengan telefon yang retak skrinnya. Masuk dalam poket seluar pun kena hati-hati. Nak taip mesej pun hurmmmm. Nak minta tolong orang amikkan gambar pun kena fikir dua atau tiga kali. Sebab takut jari diorang cedera.

Boleh bayangkan tak, saya tengok Google Maps (hampir setiap masa) dengan telefon yang skrinnya retak teruk? Adoii, berpinar mata.

Dalam hati, ok tak boleh jadi ni, balik rumah kena beli telefon baru. 

Tapi, saya ada satu tabiat, di mana saya suka menangguhkan sesuatu kehendak, selain daripada makanan haha!! Selagi saya boleh tangguh untuk membeli telefon, saya akan tangguhkan. 

Sehinggalah pada hari Khamis minggu lepas, selepas saya main gitar, terasa jari telunjuk tangan kiri saya sakit. Mula-mula saya ingatkan mungkin sebab dah lama tak main gitar. Tapi kan, saya boleh terjaga waktu tidur malam sebab jari sakit!

Alaaa, peliknya. Esok pagi saya tunjuk jari kat akak-akak yang baik hati. Diorang cakap jari saya ada nanah! OMG!! Sebab kaca masuk dalam jari ke? Takkanlah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...