Ingat tak dulu, kalau nak beli tiket bas ekspress mesti beli kat kaunter bas yang kita nak naik. Dulu-dulu mana boleh beli tiket bas ekspress nak naik dari Muar tapi beli kat Johor Bahru. Eh, macam mana nak cakap ek? Orang-orang lama paham lah saya cakap ni.
Masa berlalu. Beberapa tahun terseksa beli tiket bas ekspress. Saya teringat masa zaman belajar dulu, boleh beli tiket Bas Transnational pergi balik kat kaunter bas. Masa tu rasa heaven sangat tau. Yelah, sebab tak yah risau kalau tiket habis, beli siap-siap. Kerisauan akan meningkat berkali ganda kalau masa raya.
Al-kisahnya masa percutian saya yang baru berlalu ini, (semasa cuti Deepavali) saya telah menggunakan perkhidmatan easybook.com Ia memudahkan kita membeli tiket bas, keretapi dan lain-lain secara online.
Sebenarnya percutian di Penang ni tak dirancang awal. Tiba-tiba muncul di kepala memandangkan dapat cuti panjang. Kalau tahu awal pasal cuti panjang Deepavali ni, mungkin saya dah kat Korea dah huuu.
Saya pun menggunakan perkhidmatan easybook.com untuk memudahkan saya membeli tiket bas ekspress pergi balik ke Penang dengan efisen gitu.
Jom kita tengok macam mana rupanya:
Bila kita dah daftar, easybook.com kita boleh lah masukkan tarikh pergi dan balik, pilih bas, pilih seat, pilih masa. Baguskan?
Lepas itu, easybook.com akan hantar tiket sementara kat emel kita. Pastikan emel kita tu aktif ye.
Tara....Print lah siap-siap tiket sementara ni. Simpan.
Ok, nampak tak? Dah siap beli tiket dari Penang ke Seremban...yeahhh!! Beli melalui online sahaja.
Untuk pengetahuan semua, saya hanya sempat beli tiket balik dari Penang ke Seremban. Tapi tak sempat beli tiket pergi dari Seremban ke Penang! Haruuuu betul! (belum pergi, tiket balik dah beli okeh!)
Kenapa tak sempat? In syaa allah saya cerita lain kali ye.
Ceritalah lagi seronok apa dengar kisah tiket nie
BalasPadamhaha setia menunggu next entri okeh!
Padamcik tom pun nak tahu jugak apa kisahnya..kenapa beli tiket balik je?tiket pergi tak beli pulak..klakor la cikgu ni..hihi
Padamtulah cik tom, ada cerita disebaliknya...kelakor!
Padamokay ciktom dah baca ceritanya dalam entri latest..mmg kelakor la cikgu ni..blh lupa beli tiket pergi..tapi ingat pulak book hotel..padahal itu yg paling penting..hehe
Padamhaha, lawak kan...jangan ikut saya cik tom ;)
Padamwahh.. senangnya, semua d hujung jari jak
BalasPadamsenang bangat kan?
PadamSetuju! Dulu memang agk susah sbnrnya nak kena g kaunter bas baru blh beli tiket. Sekarang smua di hujung jari kan kak?
BalasPadamyep, bila-bila boleh beli ;)
Padamnak ikutttttttttttttttt p penangggg
BalasPadamdah selamat balik sini pun anies hehe ;)
PadamSmpi ati tgglkn sy :(
Padamhaha!!
PadamBaguskan sekarang takdelah kena tipu dengan ulat tiket lagi
BalasPadamalhamdulillah saya tak pernah kena tipu dgn ulat tiket. Mrs. A pernah ke?
Padamsenang sekarang nih beli online jer lagi jimat masa...
BalasPadambetul, senang kan?
Padamkalo nak naik flight pegi korea, boleh guna skyscanner.
BalasPadamoh, ok nanti boleh try skyscanner plak
Padamntah bila lah pulak nak ke koreanyer huhu
Jarang terjadi tiket balik dah beli.. tiket pegi x de lagi... adeiii laaa...
BalasPadamkan? pelik kan...
Padambila dikenangkan balik, memang lawak lah bab tiket nih haha
Belum pegi dah fikir nak balik... Lawakkkkkkkkkkkk!!!
Padamada citer lawak SS, belum berkesempatan nak taip cerita tu huhu
Padamciktom pun prefer beli online tiket bas..lagi senang..tak payah susah payah nak gi beli kat kaunter bas..semua dihujung jari je sekarang..
BalasPadambetul cik tom, senang kerja hehe
Padamsenang kerja sebab jimat masa, tenaga dan duit..xpayah nak hadap jem or byr tol/mnyk kereta..hehe
Padambetul tu cik tom
PadamKira hebatlah zaman sekarang nikan, boleh beli tiket balik dulu, tiket pergi takda lagi ^_^
BalasPadamSaya pun berpengalaman beli tiket bas kat kaunter tiket; zaman-zaman belajar kat universiti dulu. Maklumlah saya ni old skool, bukan anak generasi baru zaman nih, semuanya di hujung jari jerk.
Dah lama saya tak naik bas tau, tak ingat bila kali terakhir naik bas. Saya sebenarnya teringin nak naik train baru tu ^_^
sesekali naik bas best tau mummy.
Padamnaik train pun best...cuba mummy jangan tak cuba ;)
JM org lama so JM faham😂
BalasPadamyeah, give me five!!
PadamAdeh lawak! Sempat beli tix blk tp pegi pun belum...kalau JM selagi x beli tix pegi x berani nk beli tix blk
BalasPadamini first time saya buat macam ni JM. gilo kan?? haha
PadamCurious kat situ? Nape x sempat eh? Tiba2 sistem offline ke acaner tiba2 x sempat..pat sambung nk tahu nape x sempat 😜
BalasPadamokeh2 nanti kita citer haha
PadamBila dh beli tix online tu, dpt pengesahan dlm email buat pertukaran tix d kaunter or macam mana? Jadi nya naik bas di Seremban Terminal Bus lah eh
BalasPadambab tiket nih memang lawak tau...tungguuuuu hehe
Padamyep, naik dari seremban ;)
kalau dah print, tu kira tiket kita ke? atau nnti kena tunjuk kan yang kita print tu baru dapat tiket kita?
BalasPadamsorry lambat reply, tak perasan yang komen ini masuk dalam spam.
Padambawa kertas yang telah diprint ke kaunter bas...dia akan beri tiket yang sebenar