Isnin, 18 Januari 2021

Salah Faham Mengenai Tidur - Qailullah

 

Salah Faham Mengenai Tidur - Qailullah


Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Apa khabar? Produktifkah hari kalian semasa PKP ini?

Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang tidur. Tidur adalah sangat penting dalam kehidupan kita, namun begitu ada banyak salah faham mengenai tidur.

Antara salah faham mengenai tidur ialah tidur waktu bekerja itu pemalas.

Dahulu, saya selalu beranggapan bahawa jika pekerja tidur di siang hari (ketika waktu    bekerja), dia adalah seorang yang pemalas. Ya, itu dahulu. Saya ingat lagi waktu saya        mula-mula bekerja di sekolah, saya mengalami sakit kepala, lalu saya tumpang tidur di       bilik guru (ketika ini bilik kaunseling belum siap, masih dalam renovation). Saya tidak lena tidur sebab memikirkan apa cikgu-cikgu lain akan berkata sekiranya mereka ternampak        saya tidur.  Tak lama berbaring, saya pun bangun. 

 Di awal-awal tahun perkhidmatan saya begitulah, saya takkan tidur di sekolah. Kalau          mengantuk saya akan turun berjalan daripada tingkat atas ke bawah. Sehinggalah saya         berborak dengan kerani sekolah yang menghantar anaknya belajar di sekolah rendah            swasta. Beliau ada menyebut, waktu tengahari anaknya tidur. Siap ada bantal seorang          satu. Wow! Bagusnya boleh tidur di sekolah. 

 Tidur sebentar ini disebut qailullah dalam Islam. Ia adalah amalan Nabi s.a.w boleh baca     di siniSaya pernah dengar mengenai qailullah dulu, namun tidak tahu apakah manfaatnya. Antara manfaat qailullah ialah ia menyegarkan minda, bertenaga, meningkatkan mood dan produktiviti (dipetik di sini). Sebenarnya, waktu yang baik untuk tidur sebentar ialah pada waktu sebelum Zohor. Saya selalunya akan set masa 23 minit sahaja, tidak lebih dari itu.  Tapi adakalanya jika terlalu mengantuk akan tersasar juga, namun tidak lebih sejam. Saya seorang yang tidak boleh tidur lama di waktu siang hari, nanti saya akan pening kepala. 

Jadi, 5 tahun sebelum saya meninggalkan sekolah, memang saya mengamalkan qailullah. Saya akan rehat sebentar. Selalunya jam 12.30 - 1.30 petang. Selepas itu akan segar semula. Boleh dikatakan hari-hari qailullah (23 minit sahaja). 

Apabila saya menyambung pembelajaran di UPM, saya seboleh-bolehnya, akan mencari masa untuk qailullah. Selalunya tempat yang menjadi sasaran saya ialah masjid UPM. Kawasannya luas berbanding surau. Kawan-kawan yang baharu mengenali saya, kelihatan sangat hairan melihatkan saya boleh tidur dengan sekejap. Haha. Ini adalah kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama (bukan sekadar 23 minit) dan juga mereka takut tidak tersedar kerana perlu masuk ke kuliah seterusnya (waktu petang). Saya selalunya akan tersedar kerana sudah mengunci jam di telefon bimbit. Saya perasan, jika saya tidak qailullah, saya akan memandu dalam keadaan mengantuk di jalan raya. Saya perlu memandu selama 2 jam pulang dari UPM ke rumah.

Ramai sedia maklum, saya memang mengikuti rapat mentor saya Tuan Irfan Khairi. Beliau juga mengatakan antara perkara yang membuatkan beliau aktif ialah qailullah. Kadang-kadang beliau tidur 2 kali sehari pada waktu petang. Ya, saya juga begitu, adakalanya, saya akan tidur 2 kali sehari. Contohnya, 23 minit jam 10.00 pagi dan 23 minit pada waktu tengahari. Saya selalunya akan mengelak tidur dari jam 3 petang.

Namun perlu di ingatkan ya kawan-kawan, namanya tidur sebentar atau nap dalam Bahasa Inggeris, bukan bermaksud tidur 1 hingga 5 jam ya. Tidak sama 8 jam tidur siang dengan 8 jam tidur di malam hari. 

Bagaimana dengan kawan-kawan? Inginkan hidup yang produktif? Maka saya sarankan qailullah ya!

Tajuk tidur ini sangat menarik, saya akan kongsikan lagi salah faham mengenai tidur dalam artikel yang lain pula. 


2 ulasan:

  1. Jadi vitamin dan terapi tubuh walau cuma sebentar.

    BalasPadam
  2. Kadang memang kita perlu untuk take a nap,supaya boleh refresh atau segarkan badan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...