Isnin, 19 Oktober 2020

Lapor Diri Praktikum dan Permulaan Semester ke-3 Universiti Putra Malaysia (UPM)

 


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, saya telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir semester ke-2 yang lalu. Keputusan pun dah ada. Alhamdulillah, keputusan semester ke-2 ini adalah lebih baik daripada semester yang pertama. Hehe.

Kawan saya Nadia, selalu cakap, "K.rin selalu bernasib baik" Ya lah, tepat sekali.

Allah sangat sayang pada saya.

Salah satu buktinya ialah, pada pagi tadi, saya telah selamat melapor diri di AADK berhampiran dengan rumah saya. Hanya 10 minit kalau laju, 15 minit kalau macam siput B* (hahahahaha).

Alhamdulillah, proses lapor diri berjalan lancar. Saya tiba di AADK dengan berbaju kurung ya, berbaju kurung. Saya sangat jarang mengenakan pakaian baju kurung ya, (kecuali ketika berkhidmat di sekolah) haha!! Jam 9.05 pagi saya tiba, saya keluar dari AADK jam 10.45 pagi. Haaa, saya sangat bernasib baik. 

Penyelia dan kakitangan AADK sangat membantu. Terima kasih.


Carta di atas menunjukkan apa yang akan saya lakukan sepanjang praktikum di AADK. Dah namanya kaunseling kan, jadi saya akan menjalankan sesi kaunseling kepada klien AADK.

Hari ini ialah hari pertama semester ke-3. Dalam semester ini merangkumi praktikum dan juga kuliah. Sekali lagi saya bernasib baik, kuliah dijalankan secara atas talian. Yahooo!



Gambar di atas menunjukkan 5 subjek yang akan saya pelajari melalui atas talian. Nampaknya seperti setiap hari akan ada kuliah. Namun, kuliah atas talian ini akan berubah-ubah mengikut kesesuaian masa pensyarah dan anak murid.

Jika diimbas kembali, ini adalah kali ke-3 saya menjalani praktikum. 

Pertama kali di Penjara Kluang, Johor. Ketika itu saya dan rakan-rakan menginap dalam kuarters kakitangan yang disediakan. Kami berjalan kaki sahaja. (selalu juga penyelia menumpangkan kami dalam keretanya) hehe.

Kali ke-2 di Sekolah Menengah Teknik Gombak, Selangor. Saya dan rakan berulang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tidak jauh. hanya beberapa minit sahaja.

Kali ke-3 di AADK. Berhampiran dengan rumah saya. Ini adalah kali pertama saya praktikum berseorangan. 

Tentunya AADK akan memberikan pengalaman dan cabaran yang berbeza. Well, saya tahu, sebelum pelangi muncul, tentunya ada hujan, ribut dan angin kencang. 

Ini tentunya memberikan warna (tulisan) yang menarik untuk di coretkan dalam diari saya!

Saya bertuah kerana ketiga-tiga lokasi ini sangat mudah untuk saya pergi. Alhamdulillah.

Rasanya itu sahaja untuk di coretkan.

Supaya senang untuk saya rujuk kembali apa yang berlaku pada hari ini.

Sesungguhnya Allah itu sangat baik dengan saya. Syukur, syukur Alhamdulillah.

1 ulasan:

  1. Rindunya UPM... terasa nk jd student balik jer bila tgk nama UPM keluar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...