Sabtu, 30 Mac 2019

Markah Penilaian Guru

Assalamualaikum dan hai!

Image result for penilaian

Hari itu, ada terdengar rakan-rakan guru bercerita tentang markah penilaian yang mereka dapat pada tahun lepas.

Seingat saya, kali terakhir saya tahu markah penilaian saya ialah pada tahun 2016 atau 2017. Itu pun sebab saya hendak mengisi borang kenaikan pangkat. 

Kali terakhir saya beria-ia hendak mengetahui markah penilaian saya ialah pada tahun ke-5 saya bekerja. Selepas itu, saya tidak lagi teruja hendak mengetahui berapakah markah penilaian saya yang telah diberikan oleh pegawai-pegawai penilai terhadap saya.

Untuk makluman, markah penilaian guru ini boleh diketahui secara online sekarang.

Markah penilaian tidak lagi mengujakan saya.

Markah penilaian tidak lagi memberi impak dalam kehidupan saya.

Kenapa?

Secara logiknya, apalah yang hendak dibanggakan sangat sekiranya mendapat markah tinggi? Adakah prestasi kerja pada tahun itu bagus?

Apalah yang hendak dirisaukan sangat sekiranya mendapat markah rendah? Adakah ia menggambarkan prestasi kerja yang hambar?

Markah penilaian diberikan oleh orang tertentu yang berkemungkinan berbeza setiap tahun, atau mungkin juga sama.

Perlulah diingatkan bahawa, si penilai juga manusia biasa. Bila sebut manusia, ada 1001 sebab dia menilai (selain daripada yang kita tulis dalam borang keberhasilan).

Tidak terkecuali mainan emosi.

Jadi, saya mengambil pendekatan, biarlah berapa markah penilaian pun yang saya dapat, janji kerja jalan dan yang paling penting, janji gaji naik! Hehe.

p/s: saya pernah dapat markah tinggi dan juga markah rendah, selepas itu, saya tidak ambil tahu berapa markah yang saya dapat. tapi Alhamdulillah, saya bersyukur!
Image result for worker quotes

5 ulasan:

  1. Kesian cikgu2, prestasi kerja pun kena pantau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena pantau tuan. ini perkara biasa

      Padam
  2. Haiii rin lama tak bertemu...betul markah hanya satu penilaian org pada kita. aku pun dah mls nak ambil kisah, janji kerja kita jalan dan amanah Allah kita jalankan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  3. Setuju tu penilai pun manusia kadang-kadang mereka menilai lebih kepada emosi bukan prestasi.

    BalasPadam
  4. betul..x perlu ambik kesah sgt pada markah penilaian..sbb kat opis sis JM ni pun..keje lebih kurang je..tp markah tggi dpt APC lagi..kita ni yg x cukup tgn tapi tetap nilai lo cemerlang..so penilaian setiap org berbeza

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...