Isnin, 19 Februari 2018

Perkongsian Ilmu Bersama Murid-Murid Asrama

Assalamualaikum, hai!

Saya baru balik dari sekolah atau lebih tepatnya, Surau al-Insaniah, SMA Haji Muhamad.

Buat apa?

Saya berkongsi ilmu dengan murid-murid asrama yang jumlahnya sekitar 110 ++ orang.



Ini adalah program pertama kali dikhaskan kepada murid-murid asrama bersama dengan kaunselor.

Sebelum ini, saya ada program bersama semua murid di waktu pagi jam 7.15 hingga 7.30 pagi (turut dibantu oleh anak-anak PRS). Program ini masih berlangsung sebulan sekali.

Berbeza dengan program malam ini (masih belum diberi nama), yang mana perkongsian ini khas untuk murid-murid asrama sahaja.

Tujuannya ialah, saya nak jalinkan hubungan yang lebih erat antara saya dengan murid-murid asrama. Bahasa Omputihnya kamcing gitu hehe.

Slot ini berlangsung antara jam 8:00 hingga 8:30 malam setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Intipati malam ini ialah berkisar tentang matlamat.

Masing-masing blur (padahal telah dirungkai dalam aktiviti kelas relif saya). Korang boleh tengok di Instagram saya, aktiviti semasa kelas relif. Kiranya malam ini, ulangkaji sahaja.

Bukan budak tingkatan 1 sahaja tak tahu matlamat, budak tingkatan 5 pun teraba-raba.

Bukan budak je blur pasal matlamat, bahkan orang tua. 

Cuba tanya diri kita, apakah matlamat kita??

Jumaat, 9 Februari 2018

Borang Penilaian Program Sekolah

Image result for penilaian

Assalamualaikum, hai!

Wow!! Sekejap saja dah masuk bulan Febuari 2018.

Alhamdulillah.

Saya dah lama nak kongsikan bahan-bahan yang saya ada dengan korang semua.

Bahannya tak lah sehebat mana, tapi saya harap dapatlah membantu korang serba sedikit.

Ok, hari ini, saya nak kongsikan borang penilaian program sekolah yang saya buat untuk sekolah saya. Korang boleh lah edit ikut kesesuaian ya.

Korang boleh klik kat sini untuk memuat turun borang penilaian program sekolah.

Apa pendapat korang tentang borang penilaian program sekolah itu?

Terima kasih pada www.padinrose.com yang telah membuat tutorial cara meletakkan link download di blog. 

Korang boleh klik sini untuk baca tutorial tersebut.