Hai, sorry sebab sudah lama tak menulis di sini.
Sibuk.
Okeh, itu hanyalah alasan saya.
Sebenarnya, bila dah lama tak menulis, saya telah terbawa-bawa perasaan itu. Inilah jadinya, baru hari ini menulis setelah sekian lama blog ini ditinggalkan. Huhu.
Sekarang ini tengah hujan lebat di Bahau.
Masa sesuai untuk menulis cerita yang best bagi sayalah. Harap best jugak pada korang yang membaca. Hehe
Ok, saya nak cerita pasal catur.
Sebenarnya, sejak kecil saya sukakan permainan yang menguji minda. Saya suka catur, dam haji, teka silang kata, domino, sahibba dan seumpama dengannya.
Saya tak suka main anak patung, macam budak-budak perempuan yang lain.
Tapi, saya tak lah begitu mahir dengan catur. Masa itu, takde siapa nak main catur dengan saya. Saya hanya tahu pergerakan asas sahaja.
Bila dah jadi cikgu ini, saya diberikan tugas sebagai pengurus pasukan catur sekolah.
Saya rasa ada lah dalam 6 tahun saya pegang catur ini.
Beberapa tahun kebelakangan ini kejayaan sangat membanggakan saya.
- Tahun 2016, johan berpasukan lelaki bawah 15 tahun.
- Johan lelaki bawah 15 tahun - Khairul Aizzat
- Ke-3 lelaki bawah 15 tahun - Syakirien
- Khairul Aizzat dan Syakirien terpilih ke peringkat negeri
Untuk tahun ini, semua murid yang pernah mewakili sekolah tahun lepas, telah berpindah sekolah.
Saya kecut perut
Panik
Hendak mempertahankan kejuaraan tahun lepas.
Betullah orang kata, hendak mencipta kejayaan itu senang, nak mempertahankannya lebih susah. Huhu
Tapi, alhamdulillah. Kejayaan catur tahun ini lebih manis:
- Johan berpasukan lelaki bawah 15 tahun
- Naib Johan berpasukan lelaki bawah 18 tahun
- Naib Johan individu lelaki bawah 18 tahun - Aiman Zaidi
- Ke-6 individu lelaki bawah 15 tahun - Uzairi Afendi
- Aiman Zaidi dan Uzairi Afendi terpilih ke peringkat negeri
- Pasukan perempuan pun semua ada mata lebih 2.0 daripada 7.0 mata. (sebenarnya nak dapat 0.5 mata pun susah wooo)
Ini adalah beberapa tips kejayaan pasukan catur sekolah: