Setelah 4 hari tiada di sekolah pada minggu lepas, sebab ada urusan di luar sekolah, hari Jumaat yang lalu saya menerima 2 sampul putih.
Dalam otak saya, macam biasalah, kalau dah sampul warna putih ni, biasanya surat hutang. Huhu.
Tapi, tekaan saya meleset.
1 sampul surat hutang. Ok, yang ini saya tak nak ulas panjang-panjang. Haha!
1 sampul lagi mengandungi Cek HSBC. Mula-mula saya ingatkan ianya Cek Nuffnang, tetapi bukan!
Cek HSBC itu daripada Celcom! Haha!
Saya punyalah tertanya-tanya, bila masa pulak saya pakai line Celcom ni?
Saya agak, ini mungkin line broadband saya kot.
Line broadband Celcom saya ni, memang selalu bertukar-tukar. Jadi, bila nak pindah ke line baru, kena bayar full line sebelum ni.
Jadi ini mungkin lebihan bayarannya.
Apa-apa pun terima kasih Celcom! (walaupun line slow macam siput ____, tapi tindakan Celcom yang ini, saya puji. Hehe!
p/s: Cek HSBC dari Celcom ni, dah selamat saya masukkan ke dalam peti cek di bank petang tadi.
boleh ke dia hantar surat kat org yang tak guna servis dia. haha
BalasPadamnik: haha, mula2 pelik gak saya, tapi saya rasa ini line broadband kot...kalau broadband memang saya guna Celcom ;)
BalasPadampeliknya. tu bill kena bayar ke?
BalasPadamUncle...sy pakai broadband celcom...memang pakai bil bulanan
Padamsurat yang nak bagi duit menang seronok dapat..
BalasPadamsurat yang menagih duit boleh menyebabkan hati gusar.
Mr.hanafi: dpt duit memang suka hehe
Padambetul tu..dpt surat terima mmg seronok sakan..kalau tahu surat hutang malas nak buka..apatah lagi baca..haha
Padamuntungla tetiba dapat cek cikgu
BalasPadamSis raihanah: tq hehe
Padamsaya ada belen juga masa nak terminate bill celcom... takda dipulangkan pun. mungkin sebab xbanyak kot.. takpelah..
BalasPadamnik: kalau ada baki, gi mintak, manalah tau lepas beli KFC hehe
BalasPadammcm byk je sis ;-)
BalasPadamanies: lepas lah kalau nak makan KFC hehe
BalasPadamuntungla cikgu.,
BalasPadamtiga lalat: haha tq ;)
BalasPadamKami pun baru tukar line dr celcom & digi ke maxis. Tp x dpt duit balik...huhuhu
BalasPadamzurainny: dapat lambat kot...macam saya ni pun, ntah bila punya lah nih huhu
BalasPadamKesudahannya apa ni? Maybe pernah pakai line Celcom dulu-dulu kot dan masih ada berbaki kreditnya?
BalasPadammummy: line celcom broadband saya, mungkin ada lebihan bayaran, so diorng pulangkan ;)
BalasPadamhaha, rezeki terpijak ni..
BalasPadamfannun: terpijaklah sangat hehe!
BalasPadamamboi siap dapat lebihan bayar bil celcom..mmg rare..hihi
BalasPadamhaha memang rare
Padam