Saya masuk ke salah sebuah kelas Tingkatan 3 untuk melaksanakan Psikometrik Inventori Minat Kerjaya 2 (IMK 2).
Masuk-masuk sahaja, murid-murid malas nak bangun dan memberi salam (padahal telah diberitahu yang saya akan masuk waktu itu).
Sehinggalah saya bersuara "Eh, 3__ (nama kelas) kan?
Barulah diorang bangun dan memberi salam.
Semasa menjawab soalan IMK 2, masing-masing sungguh tekun.
Tapi, lepas habis sahaja menjawab 180 item, terus disembamkan muka masing-masing ke atas meja.
"Kelas awak ni tak buat jamuan buka puasa ke?"
Murid:
"Tak cikgu"
Saya:
"Oh, kenapa tak buat?"
Murid:
"Tak bincang pun cikgu"
Saya:
"Aik, bincanglah"
Murid:
"Bulan puasa ni tak larat nak bincang cikgu, letih"
Saya:
"Oh, maksud awak, kalau tak puasa boleh bincang pasal buka puasa?, kalau puasa tak boleh bincang pasal buka puasa?"
Murid:
Angguk dan senyum
Saya:
@#$%%^&&**^*????
Dan bila murid-murid telah menghantar kertas soalan dan helaian jawapan, masing jadi macam gambar di bawah:
Alahai..kesiannya.Penat berpuasa sampai tak larat nak berfikir...
BalasPadamjida: haha penat sangat gamaknya ;)
BalasPadamhahahaha comel je
BalasPadamanies: haha ;)
BalasPadamAlahai, kasihannya! Penatlah tu berpuasa sampai tak larat nak berbincang. Dok telan air liur banyak sangat pun letih tau!
BalasPadamhaha betul tu mummy ;)
BalasPadamamboii betul2 letih smpi nak bincang mjls buka puasa pun xlarat..hehe
BalasPadam