Khamis, 14 April 2016

Yeah!! Cashout Nuffnang Kali Pertama Selepas 6 Tahun!

Image result for nuffnang

Saya suka tinjau kalau ada surat hutang saya di pejabat sekolah. Al-kisahnya, kelmarin saya tinjau kot-kot lah ada surat hutang. Hurmmm, ada sepucuk surat untuk saya dan saya memang terfikir ianya adalah surat hutang. 

Tapi tak sangka pulak cek dari Nuffnang. Rasa macam nak melompat-lompat! Haha! 


Ok, saya tahu jumlahnya tak seberapa ^__^

Bila dah cecah RM50, saya pun request kat Nuffnang nak cashout. Tarikhnya 17 Febuari 2016. Cek Nuffnang sampai kat tangan saya pada 12 April 2016. Lama kan?

Ini adalah kali pertama saya cashout Nuffnang setelah 6 tahun menulis blog. Nak dapat RM49.54 tu punyalah seksa! 


Jadi, tadi saya ke bank untuk masukkan cek. Kat belakang cek tu kena isi nombor akaun bank. Ikut langkah-langkah yang tertera di mesin deposit cek. Ini pun kali pertama saya berurusan dengan mesin deposit cek. Teruja!

Harap-harap akan menyusullah pendapatan yang kedua, ketiga dan seterusnya daripada Nuffnang. Hehe!

p/s: Hurmmm, boleh beli apa dengan RM49.54??

15 ulasan:

  1. biasanye selepas cashout kali pertama, earning yang seterusnya akan bertambah la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup memang betul tu..dulu camtu la..ms 1st nak dpt tu agak lama jgk..lepas dari tu laju je..hehe

      Padam
  2. nick: wah, ye ke nik? alhamdulillah hehe

    BalasPadam
  3. Saya punya NN macam ada masalah aje. Dahlah template baru tetiba tak boleh keluar iklan NN, bila check akaun pun semua pun kosong aje. Pageview pun hilang!

    Anyway, tahniahlah ya dapat first check dari NN.

    BalasPadam
  4. Masih menyemai dan membaja nuffnang supaya subur berbunga dan berbuah , huhu

    BalasPadam
  5. mummy: tak sesuai kot dengan template baru
    ummu: good luck ye ;)

    BalasPadam
  6. wow... sikit2 lama2 jadi bukit. :-)

    BalasPadam
  7. jambu batu: harap-harap begitu lah hehe

    BalasPadam
  8. Best kan pengalaman 1st time...

    BalasPadam
  9. SS: A ah, gembira giler hokeh!! hehe

    BalasPadam
  10. biasanya memang seronok feeling first time dpt duit dari hasil blogging..boleh beli kfc yg bucket punya dah tu..hiihi

    BalasPadam
  11. dah selamat cashout dan makan kfc bucket ke? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Misi dah selesai cik tom hehe

      Padam
    2. boleh buat misi baru kumpul nuffnang utk next cashout.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...