Ahad, 7 Februari 2016

Pengalaman Membuat Video Menggunakan Stupeflix



Video Majlis Perpisahan GPK HEM 
05/02/2016

Video?


Saya ada sedikit kenangan indah dan banyak kenangan pahit membabitkan membuat benda alah ni.

Terus terang, saya bukanlah orang yang mahir...saya sangatlah kurang mahir dalam bab-bab IT berbanding orang lain, walaupun saya ada terpaut hati sedikit dengan bidang IT ni.

Tapi, kalau majlis perpisahan atau program-program lain di sekolah, memang sayalah yang kena buat. Padahal ramai lagi yang berbakat besar dari saya. Saya guna satu perisian tu je, dan saya rasa semua orang pasti dah jemu + muak + nak muntah tengok video yang saya hasilkan. Serius, inilah perasaan saya. 

Selalunya, saya gunakan Windows Movie Maker 2.6 haaa, ada lagi ke orang guna? Yep, saya guna. Sebab saya tak tahu perisian lain. Ada cadangan? Movie Maker yang baru, saya langsung tak reti guna.

Meh, nak cerita, pengalaman pahit. Pernah satu ketika, Windows Movie Maker 'hang' dan video perlu dibuat semula dari awal. Nak tahu saya tidur pukul berapa? Pukul 4:00 pagi!! Esoknya ada majlis.

Pernah juga, saya terlupa nak buat video! Haaaa, masa tu horrible sungguh! Majlis itu di hadiri tetamu VIP berpangkat besar dalam dunia pendidikan, dan saya boleh terlupa! Malu memang malulah, tapi saya rasa, bekas pengetua saya lagi malu kot, nak menjawab dekat VIP tu. Huhuhu

Berbalik kepada cerita asal, kali ni, tangan saja-saja gatal nak mencuba perisian lain untuk menghasilkan video. Saya godek-godek kat internet, jumpalah Stupeflix. Agak osem juga.

Stupeflix ni video maker online yang percuma. Di atas itu ialah hasil menggunakan perisian Stuperflix. Walaupun ianya percuma, masih tetap cun apa yang Stuperflix ni diberikan.

Kelebihan Stupeflix:
1. Ada banyak tema yang boleh dipilih, antaranya Classic, Outline dan sebagainya. Saya pilih tema Scrapbook.
2. Ada banyak muzik latar yang boleh dipilih. Saya pilih Cannonballs, yang berdurasi 2:53
3. Ada banyak pilihan untuk memuatnaik gambar, antaranya dari komputer sendiri, Instagram, Facebook dan sebagainya. Saya memuatnaik daripada komputer sendiri. Gambar yang dimuatnaik adalah bersaiz besar kerana menggunakan menggunakan kamera DSLR dan saya tiada masa untuk resize gambar-gambar itu.
4. Ada 6 jenis transition. Saya guna semuanya.
5. Boleh masukkan teks dan peta! Saya masukkan teks sahaja.
6. Gambar tu boleh dimainkan mengikut kelajuan muzik.
7. Boleh dikongsi dengan pelbagai media sosial. Tapi, saya tak tahu mana silapnya, saya tak boleh nak kongsi di Facebook.


Kekurangan Stupeflix: (ehem ehem, dah namanya percuma kan?)
1. Video yang terhasil adalah 360p sahaja, jadi tidak berapa jelas gambarnya.
2. Ada beberapa muzik yang disenaraikan, memerlukan kita Upgrade ke PRO.
3. Ada juga tema yang kena upgrade baru dapat.
4. Tak boleh download! Arghhhhh!! 

Kalau nak lagi baik dan ada ummmppphhhh, kenalah Stupeflix ini upgrade ke PRO (dikenakan bayaran bulanan)

Bila tak boleh di simpan (di download), ia hanya boleh dimainkan sekiranya ada internet. Haaa, berpeluh jugaklah saya fikir macam mana nak mainkan video ini di surau (tempat majlis diadakan), kerana di surau tiada internet. Jadi sebelum ke sekolah pagi Jumaat yang lalu, saya streaming dulu di rumah saya menggunakan 2 buah laptop, dan membawanya ke sekolah. Haru kan? Memang haru!

Dengan laptop yang masih on, saya cucuk di LCD, dan berdoa dan berharap, murid-murid yang berkerumun di sekitar laptop itu tak menekan mana-mana butang di laptop. Sebab, kalau tertekanlah mana-mana butang tu, memang kena streaming balik! Mana ada line internet wooo!

Akhirnya, video dapat dimainkan untuk tontotan semua. Fuhhh!! Video itu hanyalah berdurasi 2:53 tapi mengambil masa yang sangat lama wooo!!

p/s: Ada cadangan perisian lain samada yang percuma atau berbayar? Boleh tulis di ruangan komen ya.

27 ulasan:

  1. saya masih gune movie maker. kat tempat kerja saya yg lama. sy je la yang selalu kena buat montaj. nanti nak try jugak lagne stupeflix

    BalasPadam
    Balasan
    1. datin tyka..mana menghilang?ciktom pergi blog dah takde urlnya..hmm lupa nak renew ek..

      Padam
    2. a ah lah, saya baru perasan, blog datin dah takde

      Padam
  2. Saya memang suka moviemaker...tapi bila *hang* azab sungguh...stupeflix ni mudah..cubalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ct prefer moviemaker lagi..maybe lain kali blh try stupeflix..1st time dgr..

      Padam
  3. WMM la paling senang nak di gunakan. saya ada juga guna perisian lain seperti premier, tapi still sukakan WMM sebab senang nak edit

    BalasPadam
  4. Saya pun suka wmm tu...tapi template die sama je huhu

    BalasPadam
  5. saya tak pernah buat video. Boleh belajar nanti.

    BalasPadam
  6. saya baru nak berjinak2 guna movie. huhuh

    BalasPadam
  7. Fidah: cubalah, memang mudah!

    BalasPadam
  8. Bagus juga dah pandai buat video sendiri kan, tapi tiap tahun memang job tu lah kena ambik ya kalau ada jamuan ke event di sekolah, tak begitu cikgu?

    BalasPadam
  9. Momma vogue: hehe begitulah ceritanya ☺

    BalasPadam
  10. masih lagi guna Movie Maker, senang..walaupun Sony Vegas ngan Adobe Premiere tahu pakai, berat nanang laptop jadinya..so guna yang light and easy..cepat buat koje, tapi limited le sikit :D

    BalasPadam
  11. reez: hebatlah [andai guna sony vegas dan adobe tu..saya memang tak reti guna huhu

    BalasPadam
  12. Dah x minat pakai Movie Maker bila asik hang je....

    So now, dah kurang buat video. Mungkin dalam masa terdekat nie akan buat video aka vlogger balik.

    Tapi edit video pakai hp je sekarang he..23x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah masalah movie maker...sabar jelah

      Padam
  13. ciktom pun sm penah edit guna movie maker je..tu pun dah lama xbuat kerja edit video ni..lagipun tak bpe kreatif..hehe

    BalasPadam
  14. cik tom: saya pun tak kreatif mana cik tom, tapi saya lah pilihan utama yang kena buat...rezeki sayalah tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. okay pe yg cikgu buat tu..kreatif dah compare dgn ciktom ni..tangan bangku..haha

      Padam
    2. alhamdulillah rezeki...hee

      Padam
    3. eh, ada ek tangan bangku ye cik tom? first time dengar hehe

      Padam
  15. dah ok sangat nih.. saya pun dah lama tak buat video editing... last mana zaman u .. itu jerla...

    BalasPadam
  16. zik: a ah, zaman U memang wajib kan kan

    BalasPadam
  17. This is very good topic and informative post animated explainer video pricing i really enjoyed and thank you for sharing this article with us.

    BalasPadam
  18. rindu kenangan nak buat video guna moviemaker..time study dulu mmg rajin..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, sama lah kita, time study dulu memang rajin bebenor

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...