Semalam, balik sekolah 6:15 petang (yep, saya tak tipu) dah takde dah ayat "cikgu balik cepat, pukul 2:00 petang dah sampai rumah". Nasib baik jarak sekolah ke rumah 5 minit sahaja. Kalau sejam? Tak ke haru?
Habis mesyuarat 6:10 petang, ok!
Semalam, memang terasa matahari terik sangat. Silau mata dibuatnya. Nampaknya saya kena buat cermin mata baru. Yang cerminnya boleh bertukar gelap tu.
Semalam, memang ada kena gigit nyamuk. Ok, cemas sekejap...gulp gulp
Semalam, memang mengantuk giler. Masa tu saya tengah menaip minit mesyuarat. Tak sampai suku minit mesyuarat, save dan tidur. Haha!
Tak sangka, pukul 3:30 pagi, kena selsema. Adoiii...badan jadi lesu. Bangun pagi, sakit kepala. Terus ke klinik swasta.
Saya parking kereta sebelah kereta doktor. Alhamdulillah, doktor dah ada...yeah! Saya pesakit pertama. Duduk 10 minit, nama dah kena panggil.
Doktor periksa hidung, tekak, ambil tekanan darah. Lepas tu dia cakap pasal apa ntah, panjang lebar jugak. Saya angguk-angguk tapi memang tak ingat langsung apa dia cakap.
Dapat slip cuti sakit hari ini. Bayaran perubatan RM42.00 gulp, gulp.
Balik rumah dan rehat. Bersyukur sebab masih hidup. Masa cuti sekolah hari tu, ada 2 orang meninggal. Seorang tu bekas anak murid yang seorang lagi penjaga murid. Kedua-duanya meninggal dalam usia muda dan keadaan yang tak disangka-sangka.
Harap esok boleh pergi sekolah.
semoga cikgu cepat sihat dan kembali ceria mengajar.
BalasPadamrm42 okay lagi..kawan ciktom pernah demam pergi klinik swasta kena rm80..terkejut dia...dunia..
kesian cikgu cikgu sekarang. tengok makin sukar tugas. kawan saya ramai yang jadi cikgu dan merungut dengan tugasan mereka
BalasPadamcik tom: terima kasih cik tom, rasanya ni bayaran paling mahal saya pernah bayar di klinik swasta
BalasPadamtakpelah asalkan cepat sembuh..hehe
Padamtulah, takde benda free dalam dunia ini hehe
Padamuncle: bukan nak merungut tapi tulah hakikatnya huhu
BalasPadamapabila tertekan dan bekerja terlampau banyak tanpa persiapan mental yang betul sudah tentu mengundang kepada keadaan fisiologi kurang sihat..
BalasPadambanyakkan berehat dan tenangkan diri pada tahap optimum
Betul...mental memang kena kuat
Padamsemoga cikgu sentiasa sihat sejahtera untuk mendidik pelajar2 harapan pewaris rakyat Malaysia..
Padamamin ;)
PadamMoga cepat sembuh...aamiin
BalasPadamTerima kasih sis fidah
PadamCerminmata yg boleh tukar gelap tu panggil transition cikgu.
BalasPadamLebih selesa bercermin begitu kan..
Semoga beransur sembuh cikgu.
Haaaa transition...lupa2..terima kasih sis
Padamcikgu kene buli dgn student ke hihihi. cikgu kerja2 jgk. kesihatan kene jaga ye. moga cepat sembuh.
BalasPadamHaha...terima kasih
Padamemmm..lewatnya cikgu balik.
BalasPadamrasa skrg ni musim selesema kot..
Hurmmmm...hari nih meeting lagi...tak tau pukul berapa baliknya
Padamsemoga cepat sembuh ye cikgu.
BalasPadamcikgu takleh sakit lama lama
Terima kasih datin ;)
Padamget well soon cikgu
BalasPadamRaihanah: terima kasih sis ;)
BalasPadamsemoga cepat sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seperti biasa
BalasPadamYep...terima kasih ;)
BalasPadamKos rawatan untuk demam pun mahal dah kan sekarang. At least kena standby RM50 gulp gulp... sakit itu mahal sebenarnya
BalasPadamsabree: yep, betul tu...kena sediakan sekurang2nya rm50
BalasPadamcikgu makan la panadol activefast, kalau saya sempat je sembuh
BalasPadamsemalam pun demam, batuk selesema.. tidor awal.hari ini baru ok sikit... demam dah kurang, selesema dengan batuk yang teruk... nak ambil mc tak sampai hati.. demi sesuap nasi.. ceeewaahhh..
BalasPadamSaya kalau sakit memang kena pergi klinik panel. Biasanya dalam RM50-RM60 macam tu sekali jumpa doktor. Tapi tak kisahlah, bukan kita bayar pun. Hihihi!
BalasPadamSusah juga ya cikgu sekarang. Kalau dulu, sesi pagi, habis sekolah, baliklah. Sekarang dah takda macam tu lagi ya!
olaoli: saya pernah sekali je makan activefast, lepas tu tak makan lagi dah
BalasPadamzik: selagi boleh, gagahkan diri
mummy: hurmmm cikgu sekarang, pergi gelap, balik gelap, untunglah ada klinik panel...gunakan hak kita sebaiknya
itu la tengok ramai kerja cikgu ni memang sibuk..siapa ckp cikgu kerja relaks tu..pi jentik telinga dia..huhu
BalasPadamhaha, kan? rasa nak piat2 je telinga
Padam