Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bertaraf Government Link Companies (GLC) Dalam Negara Bagi Sesi 2014/2015.
1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2014/2015 di IPTA dan IPTS terpilih untuk mendapatkan biasiswa tajaan JPA.
2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (online application) melalui http://esilav2.jpa.gov.my mulai 17 September 2014 (Rabu) pada jam 9.00 pagi.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 September 2014 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah malam.
4. Keputusan biasiswa ini dijangka diumumkan pada bulan November 2014. Rayuan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Sebarang rayuan selapas tamat tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
5. Calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPT tempatan tidak perlu memohon.
6. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari portal mulai tarikh iklan ini disiarkan.
7. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-8885 3541 atau 03-8885 3552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
8. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang atau melalui e-mel di alamat pidn2014.bmi@jpa.gov.my
sumber: Berita Harian
semoga info ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan!
BalasPadamNampaknya esok, boleh laa try isi online...
BalasPadamUntuk yg berminat laa..
zaman2 AA nk further study dulu takde pun nak cari2 biasiswa ke,pinjaman ke sebab walaupun ada pinjaman/biasiswa,tetap juga mak kita kene kasi duit belanja.kesian kat mak.sudahnya AA kerja dan kumpul duit sndr utk sambung blaja
BalasPadamorang biasa kalau dapat tawaran ni mahu loncat gak atas katil sebab terpilih heeee
BalasPadambersyukur pada dapat moga mudakan urusan lepas ii
BalasPadam