Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (lelaki dan perempuan)
Syarat-syarat kemasukan ke STAM
- Calon hendaklah warganegara Malaysia
- Calon telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM (Aliran Agama) tahun 2013 daripada mana-mana sekolah.
- Calon yang memiliki Sijil Menengah Agama (SMA) diberi keutamaan
- Calon, ibu dan bapa yang lahir di Negeri Sembilan diberi keutamaan
- Calon hendaklah lulus dalam temuduga Bahasa Arab dan Al-Quran yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (JHEAINS)
- Temuduga akan diadakan pada 13hb Jan 2014 (Isnin) di Maahad Ahmadi (STAM) Gemencheh Negeri Sembilan
Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN) Gemencheh, Negeri Sembilan (lelaki dan perempuan)
Syarat-syarat kemasukan ke Program Pengajian Tinggi Pra-Diploma Tahfiz (JAKIM)
- Calon hendaklah warganegara Malaysia
- Calon telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM (Aliran Agama) tahun 2013 daripada mana-mana sekolah
- Bersedia untuk menamatkan pengajian di peringkat Pra-Diploma pada 30hb APRIL 2014 atau terus menyambung pengajian di peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di (ITQAN) tertakluk kepada keputusan sebenar SPM
- Calon, ibu dan bapa yang lahir di Negeri Sembilan diberi keutamaan
- Calon hendaklah lulus dalam temuduga hafalan al-Quran yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
- temuduga akan diadakan pada 13 Jan 2014 (Isnin) di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan
Cara memohon:
- Borang permohonan boleh diambil di bahagian pelajaran JHEAINS atau dimuat turun di sini dan sini
- Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2013 (Selasa)
- Tarikh temuduga pada 13 Januari 2014 (Isnin)
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:
(Bahagian Pelajaran)
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7672824 Fax: 06-7671850
Askm puan tanya pra dip thfz itqan kemasukan thn dpn 2015. Tksh
BalasPadam