Sabtu, 10 Ogos 2013

Diploma Pengurusan Koperasi (e-PJJ) Separuh Masa

Diploma Pengurusan Malaysia (DPK) telah diperkenalkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) mulai tahun 1991. Setelah 22 tahun bertapak. MKM ini menawarkan kaedah pembelajaran baru Pendidikan Jarak Jauh secara online (e-PJJ) selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Penawaran program ini merupakan suatu pendekatan berinovatif dari segi pembelajaran serta pengajaran menggunakan internet (online) bagi memberi peluang kepada para koperator dan tenaga kerja koperasi yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan diploma secara sepenuh masa. Melalui program ini, pelajar boleh bekerja sambil belajar kerana mereka boleh menyertai semua kegiatan akademik iaitu menyambung pengajian tanpa perlu meninggalkan pekerjaan.

Objektif Program:
  • Untuk memantapkan kefahaman mengenai koperasi dari segi konsep, falsafah, prinsip dan perundangan.
  • Untuk melengkapkan pelajar dengan teknik-teknik dan kemahiran pengurusan koperasi khususnya dari segi pembentukan dan pelaksanaan strategi-strategi perniagaan dengan berteraskan prinsip-prinsip dan perundangan koperasi.
  • Untuk membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran menganalisis dan membuat keputusan di dalam perancangan dan pengurusan koperasi.
Kelayakan Memohon:
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit (Bahasa Melayu) Matematik dan 1 mata pelajaran lain, atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia, atau
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang berkhidmat di koperasi minima 3 tahun
Jangkamasa Pengajian
11 semester ( 3 semester setahun)

Yuran Pengajian
(Kaedah pembayaran fleksibel secara semester atau bulanan)

Yuran pengajian bagi individu anggota koperasi
  • Yuran sepanjang pengajian bagi 10 semester (RM4320.00)
  • Bayaran sekali sepanjang pengajian - semasa pendaftaran (RM200)
  • Kaedah pembayaran: pembayaran secara semester (RM432.00 setiap semester) pembayaran secara bulanan (RM108.00)
Yuran pengajian bagi individu selain anggota koperasi
  • Yuran sepanjang pengajian bagi 10 semester (RM5640.00)
  • Bayaran sekali sepanjang pengajian - semasa pendaftaran (RM200)
  • Kaedah pembayaran: Pembayaran secara semester (RM564.00 setiap semester) pembayaran secara bulanan (RM141.00)
Kumpulan Sasaran:
  • Pemimpin-pemimpin koperasi
  • Tenaga kerja koperasi
  • Pegawai-pegawai dari Jabatan/Agensi yang mengawasi koperasi
  • Pegawai-pegawai dari Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Swasta
  • Lepasan SPM/STPM
Cara Memohon:
Borang permohonan boleh dimuat turun dan dicetak di laman web MKM di alamat http://www.mkm.edu.my

Urusetia
Diploma Pengurusan Koperasi (e-PJJ)
Maktab Koperasi Malaysia
Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi
No.21, Jalan Selangor, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-7952 4500 
Faks: 03-7955 0863
e-mel: antarabangsa@mkm.edu.my

Tarikh tutup: 15 Ogos setiap tahun
Pengambilan: September setiap tahun 

Sumber: Metro Ahad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...