Putrajaya: 2 Januari, 2013 --- Jemaah Menteri bersetuju para belia dalam lingkungan umur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai bulan ini bolehlah menawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar dengan rebat RM200.
Ini diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya hari ini.Skim di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) ini selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada September yang lalu. Pelaksanaan skim ini ialah atas prinsip“siapa cepat dia dapat.”
PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat komunikasi yakni Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Dalam melaksanakan PKB semua pihak yang menjadi penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Para belia yang telah berdaftar juga dinasihatkan supaya membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara dalam talian dari pukul 7:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-4040 dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
Syarat-syarat:
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;
Jom daftar di sini
Sumber: Kenyataan media SKMM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan