Jom kita lihat jenis-jenis generasi :
Generasi X merujuk kepada orang yang dilahirkan selepas perang dunia kedua iaitu dari tahun1961-1981.
Generasi Y pula lahir dari tahun 1982-1995.
Generasi Z yang juga dikenali sebagai Generasi M atau Generasi Internet adalah mereka yang lahir dari tahun 1996 hingga sekarang.
Dipetik dari sini
Soalan aku - anda di kategori yang mana?
Aku generasi Y - ye yeah!
Aku pernah mengikuti satu talk tentang pertentangan generasi X dan Y ini di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Jelebu. Aku
tak ingat nama sekolah tu. Ketika itu, profesor (aku tak ingat nama) dia memberikan contoh-contoh situasi yang berlaku antara pertentangan dua generasi ini. Profesor tersebut memberikan contoh situasi dan bertanyakan pendapat hadirin - kalau situasi ini berlaku, macammana kita nak atasi? Lebih kurang macam tu lah intipati talk tersebut.
tak ingat nama sekolah tu. Ketika itu, profesor (aku tak ingat nama) dia memberikan contoh-contoh situasi yang berlaku antara pertentangan dua generasi ini. Profesor tersebut memberikan contoh situasi dan bertanyakan pendapat hadirin - kalau situasi ini berlaku, macammana kita nak atasi? Lebih kurang macam tu lah intipati talk tersebut.
Pertentangan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Contohnya dalam institusi keluarga. Pertentangan Ibu/bapa/penjaga terhadap anak-anak. Boleh jadi juga pada organisasi pekerjaan iaitu majikan dan pekerja.
Aku masih ingat lagi, dalam talk tersebut, profesor menerangkan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh generasi x dan generasi y itu ada benarnya. Masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.
Aku selalu percaya pertentangan yang berlaku ataupun sesuatu krisis itu dapat mematangkan seseorang individu itu sekiranya diambil secara positif. Kuasa yang ada pada ibu/bapa/penjaga ataupun majikan yang digunakan secara keterlaluan keatas generasi y (anak dan pekerja) akan mematikan cas positif ke atas seseorang itu. Ya, manusia memang memerlukan sedikit tekanan untuk maju. Contohnya, mesti wujud tekanan untuk berdiri dari meniarap bagi seorang bayi. Ini dinamakan tekanan positif. Kalau tiada tekanan, tiada nasi masuk dalam mulut!
Menangani pertentangan antara generasi x dan y hari ini secara berhemah dan bijaksana dapat memberikan manfaat kepada kita semua ^_^
yeah, generasi y jugak..kalo situasi kat sekolah, mesti ade pertentangan antara pelajar ngan cikgu.
BalasPadam