Sabtu, 11 Ogos 2012

Tips Untuk Penjual Kuih Raya



Dah masuk musim orang giler kan kuih raya ;) Gambar diatas adalah merujuk kepada kuih raya yang aku beli. Tapi yang istimewa
tentang kuih raya ini ialah - tempah - dan cepat dapat - dan cepat juga habisnya haha.

Dalam balang itu, ada 3 lapisan - malam ni dah tinggal satu lapis sahaja. Mungkin esok, tamatlah riwayat kuih raya tu~~~


Ini adalah akibat daripada bawa balik rumah kuih raya yang dibeli. Ada kawan aku yang letak kuih raya yang sudah dibelinya, jauh-jauh daripada pandangan mata. Tapi aku tak tahan beb, terus bawa balik. Kononnya nak rasa - tapi nampaknya kena beli sebalang lagi hehe.


Perkara sama terjadi dengan popia gulung diatas. Mula-mula penuh satu bekas. Terkini - tinggal 3 butir sahaja. Haha. Ini pun nampaknya kena tempah lagi.

Jadi, kepada penjual kuih raya, cepat-cepatlah beri tempahan kuih raya orang yang menempah, sebab kalau dapat pembeli macam aku, dijamin akan tempah lagi sebelum berakhir ramadhan ^___^

p/s: Iman Najah & Fatin - aku promosi kuih raya korang ni, free sebalang ok ^___________^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...