Khamis, 8 Disember 2011

Al-Kisah Tersalah Masuk Dewan Kahwin ^_~

                                       

Hari Ahad yang lepas banyak betul orang kenduri kahwin kan kan kan. Cuti sekolah lah kan. Tarikh begitu memang menjadi rebutan.

Aku dan keluarga pun pergi ke kenduri kahwin keluarga sebelah abah di Bandar Baru Uda, Johor. Kami bertolak pun dah agak lewat, pukul 1.00 petang dari Kluang. Kami ni nama saja orang Johor, tapi tak begitu mahir dengan jalan. Kalau diberikan skala, tahap pengetahuan kami tentang jalan raya yang ada jatuh pada tahap 2 :)

Setelah keluar tol, kami mula mencari Dewan UMNO (tempat persandingan). Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Walaupun pernah ke rumah pengantin, tapi macam ingat-ingat lupa. Ditambah dengan hujan gerimis yang menyukarkan lagi penglihatan. 

Akhirnya, kami bertanya dengan seorang perempuan muda. Dia pun dengan yakinnya memberikan peta jalan "o...masuk sini, belok kanan, dekat dengan masjid" katanya. Kami pun mengikut arah yang telah ditunjukkan. Melihatkan kenderaan yang banyak diluar dewan, aku pun dengan yakinnya "ha...dah jumpa pun"

Aku terpandang bahagian luar dewan tertulis 'Dewan Jubli Perak'..(aishhh, betul ke ni?). Kami berselisihan dengan sepasang suami isteri yang hendak menuju ke dewan tersebut.
Abah pun tanya "Ini ke anak si awang?"
"Ntahlah pakcik, saya kenal pihak lelaki"
abah menjawab "o, saya pulak kenal pihak perempuan"

Kami pun terus melangkah masuk ke dewan tersebut. Masa ni tengah berkumandang lagu Aku Bukan Untukmu dari Rossa. Ada juga orang pasang lagu sedih masa hari bahagia ye...Ramai betul tetamunya walaupun jam sudah pukul 3.15 petang. Dalam ramai-ramai tu, tak seorang pun yang kami kenal. Mak ayah pengantin pun kami tak kenal. Adoiiii, silap dewan nih.

Kami keluar dari dewan dengan perut yang sudah berbunyi-bunyi. Pusing lagi untuk mencari dewan pengantin. Akhirnya, setelah bertanya dengan orang yang berdekatan, ada satu lagi dewan di kawasan perumahan itu. Kami ke sana (barulah nampak bunga manggar 1 tangkai sahaja) yang diletakkan ditiang-tiang lampu isyarat.

Akhirnya kami sampai ke dewan yang betul pada pukul 3.30 petang. Perut dah lapar, apalagi MAKAN lah ^_^

                                

4 ulasan:

  1. hehheh rin naper tak call aku heheheh dekat dah sangat2 dengan guma aku tu hehehhehe

    BalasPadam
  2. sorry lah, tak terfikir pun nak tanya ko hehe..lain kali ye :)

    BalasPadam
  3. buat google earth klu sesat lagi...mujur jumpa

    BalasPadam
  4. terima kasih Gimi...hermmm, terasa nak beli smartphone plak hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...