Selasa, 3 Ogos 2010

Tips Untuk Penjual Insuran/Takaful dan Sewaktu Dengannya


            Hari ini sewaktu makan tengahari, aku didatangi eh, ke nak tulis aku yang mendatangi dia...hehe..sebab aku datang ke kantin tanpa perasan ada agen insurans di situ.

            Lepas mengambil nasi separuh, sup kentang, kacang panjang masak lemak cili api (agak pedas bagi aku) , ikan kering sepat yang comel saja bentuknyer dan air suam, aku pun mengambil tempat duduk.

            Aku pun menyapa dia (tanpa mengetahui yang dia tu agen insurans) "makan"....

            Dia pun cakap "sila, cikgu...."

            Waktu ini aku tengah makan seorang diri. Tiba-tiba dia pun duduk semeja dengan aku...alamak, segan pulak, dah lah lelaki, pastu aku tengah makan pulak. Macam tak lalu nak makan aje.

           "Cikgu, saya datang dari "tut" nak kongsi dengan cikgu pelan kami"

           Dia pun mengeluarkan pamplet dari beg hitam nyer...sambil bercerita, dia menunjukkan pamplet dia itu dengan menggunakan jari telunjuknyer.

          Mak ai, CANTIK BETUL JARI TELUNJUKNYER....aku terkesima seketika...siap ada aksesori di hujung-hujung jari telunjuknyer. Aduhai, aku nak makan ni...

            Sambil makan, dia asyik bercerita pasal pelan insurans dia. Dengan megah dia kata ada ramai klien di bawah dia. Tidak sedarkan klien-klien dia pada jari telunjuk agen itu yang hemmmmmmmmmmm

            Seseorang agen itu perlu nampak kemas, walaupun prospek ko ni nampak macam tiada duit, nampak selekeh saja tapi ko sebagai agen jangan selekeh ok.

            Nasihat aku pada agen-agen yang bakal menemui aku, siapkanlah diri dengan ilmu, sebabnyer, aku memang seorang yang banyak tanya, aku akan bandingkan satu produk dengan produk yang lain. Aku masih ingat lagi pengakuan seorang agen insurans yang mengakui bahawa aku adalah salah seorang prospek yang agak sukar dihadapi, sebab soalan aku bukan calang-calang ok. Bukan senang hendak membeli keyakinan aku, aku sangat berhati-hati :)

            Satu lagi, sebagai klien, aku suka kalau agen itu suka membri ucapan contohnya ucap selamat hari guru, atau selamat menyambut ramadan, maknanya hubungan berterusan, jangan masa nak klien, bukan main manis lagi mulut, lepas tu, blah...........fitrah manusia, suka dihargai, ingat itu ya, para agen sekalian ^_^




        

6 ulasan:

  1. hehheeh rin heheh agen insurance hehhe aku pun agen takaful ikhlas. aku setuju dgn pe yg ko cakap tu hahahah buat malu agen2 jer ni mesti belum g kursus keperibadian n wasilah ni heheheh

    BalasPadam
  2. hehe, harap tips ni berguna untuk ko dan rakan-rakan seperjuangan dengan ko :) good luck arai :)

    BalasPadam
  3. hm........blehla kalo nk jmpe sy........sy agen jgk....insyallah sy brsedia mnjwb soalan

    BalasPadam
  4. Satu lagi kalau kita berhati-hati sgt dan byk pilih satu hari terkena juga..so moralnye janganlah terlalu memilih dan membanding.

    Satu lagi utk buka akaun takaful atau insurans kita kena fikir keperluan kita. Tujuan buka akaun ni bukan semata-mata berteraskan keuntungan.Ia lebih kepada perlindungan Pendapatan dan pembiayaan kos-kos yang melibatkan kesihatan.

    Satu lagi tak kiralah samada agen itu mendatangi atau saudari yang mendatanginya. Itu semasa masih sihat. Kalau dah sakit kronik mereka dah tak pandang dah saudari ni walau sebelah mata.

    wassalam.

    BalasPadam
  5. anonymous: terima kasih ye, saya sudah mempunyai insurans takaful

    orangkampung: terima kasih atas komen anda

    BalasPadam
  6. hai saya anis..baru daftar jadi ejen insuran...apa perkataan yang paling pantang / yang tidak suka dengar jika seseorang ejen sebut ketika pembentangan plan ditawarkan..boleh siapa2 kongsi sama???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...