Isnin, 27 Mac 2017

Bidan Terjun di Majlis Penutupan Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA)


Ingat tak entri pasal program ini? Kalau tak ingat, boleh baca kat sini.

Semalam, ketika sedang duduk berehat, sambil menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), saya menerima satu panggilan telefon:

Assalamualaikum cikgu
Waalaikumussalam

Cikgu tengah buat apa?
Tengah tengok tv, ye nak apa?

Cikgu, boleh tak datang majlis penutup Program BISAFA hari ini?
Hah!?? Panggilah orang lain...

Orang lain ada hal cikgu...
Alamak...

Tinggal cikgu je nih
Alaaa, panggil lah orang besar lain, saya nih orang kecik (merujuk kepada jawatan)

Semua tak boleh cikgu
Aiseh, majlis penutup pukul berapa?

Pukul 12.30 tengahari
Sekarang pukul berapa? 

12.15 cikgu
Hah!?? Ko nih Faqih (15 minit je lagi)

Boleh ek cikgu?
Ok, tapi saya tak nak berucap (bidan terjun kan, lagipun ada wakil PPD, kang ada pulak tergagap-gagap)

Terima kasih cikgu.
............................................................
Saya sampai di sekolah dah pukul 12.31 tengahari.

Waktu itu, perasmi Ustaz Ismail (wakil PPD) dah sampai dah. Adoiii.

Jom kita layan gambar sekitar Program BISAFA:




Rabu, 22 Mac 2017

Filem Nil Battey Sannata - Jangan Berhenti Bermimpi

Takde salahnya kalau gagal
Apa yang salah ialah mengaku kalah sebelum mencuba!

Ini adalah petikan Filem Nil Battey Sannata, yang saya tonton minggu lepas secara online.

Jom tengok trailer Filem Nil Battey Sannata:


Filem ini saya tonton secara tak sengaja. Sebenarnya saya tak pernah dengar pun tajuk Filem Nil Battey Sannata ini. Bila baca diskripsi cerita yang agak menarik, saya pun tontonlah.

Yep, memang menarik pun. 

Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya

Well, kena jugak dengan saya (seorang yang lemah Matematik!)

Ok, sesuai di tonton oleh semua golongan usia.

Nak-nak lagi, bagi lepasan SPM, STPM, dan bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. 

Saya berani jamin, tak rugi tengok Filem Nil Battey Sannata ini!

Selasa, 21 Mac 2017

Koleksi Perak/Silver/Dirham Untuk Dijual

Hari ini saya nak jual koleksi perak, silver atau dirham yang ada dalam simpanan saya.

Kalau nak beli, sila whatapps saya di nombor: 0112 098 2764

1. 1 Dirham silver 999 - 59 tahun kemerdekaan Malaysia (Edisi Terhad)




Harga: RM35 (termasuk pos ekspress) 

2. Ayat 1000 Dinar (Edisi Terhad)

  • 1/8 Dinar (999 emas 0.53g)
  • 1 Dirham (999 perak (2.975g)




Harga: RM251 (termasuk pos ekspress)

3. 1 Dirham KGT (Edisi Hari Raya) silver 999




Harga: RM53 (termasuk pos ekspress)

4. Sasanian Drachma Hormazd IV (Edisi Terhad)
  • 4g silver 999
  • Inspired by King Hormazd IV. 




Harga: RM40 (termasuk pos ekspress)

5. Zodiac Monster Series: Capricorn 999 silver (Edisi Terhad)




Harga: RM37 (termasuk pos ekspress) 

Cantikkan? Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau sebagai koleksi.

Berminat nak bukak akaun Public Gold? Klik link di sebelah kanan blog ini.

Whatapps saya 0112 098 2764
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...