Selasa, 29 November 2016

Permohonan Kemasukan Program Tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017

banner jheains 04

Syarat Kemasukan Program Tamidhi Pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tak lebih 20 tahun pada 01 Januari 2017
3. Calon atau ibu bapa berasal dari Negeri Sembilan
4.  Telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2016 dan memperoleh sekurang-kurangnya:
  • Bahasa Melayu C+
  • Bahasa Arab C dan
  • Bahasa Inggeris C
Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 boleh di muat turun di sini

Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebelum atau pada 05 Disember 2016 (Isnin).

Maklumat lanjut:
Telefon: 06-767 2824
Fax: 06-767 1850
E-mel: ptpmi.jheains@gmail.com

Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan: https://m.facebook.com/jheainsofficial/

Facebook Maahad Ahmadi Negeri Sembilan: https://www.facebook.com/MaahadAhmadiOfficial/

Ahad, 27 November 2016

Filem Hindustan Dear Zindagi Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan

Dear Zindagi

Yep, tak salah tengok. 

Tajuknya Dear Zindagi. Jangan gelak.

Haaa, buat pertama kalinya, angkut Mell pergi tengok filem Hindustan kat wayang haha!!

Ini kali ke-2 saya tengok filem Hindustan kat wayang. Kali pertama masa sekolah dulu. Lama giler tak tengok filem Hindustan kat wayang.

Selalunya, filem pilihan di wayang ialah filem aksi. Sebab takut tak berbaloi tengok filem genre lain. Dan selalunya jugak filem berbahasa Inggeris. Jarang tengok filem Bahasa Melayu, Jepun, Korea, Cina dan lain-lain.

Sebenarnya, saya dah lama tak mengikuti perkembangan filem Hindustan. Masa jalan-jalan kat blog siapa ntah, ada update pasal filem ini.

Sejak itu saya selalu pasang lagu ini:

 

So, semalam, ajaklah Mell keluar.

Saya: Beb, jom tengok wayang
Mell: Ok, cerita apa.
Saya: Ntah, kita bincang esok (dalam hati jom tengok Dear Zindagi!)

Sebelum itu dah hantar kat wassap Mell screen shot senarai filem di Palm Mall dan Jusco. Mata dah bersinar-sinar sebab tengok ada Dear Zindagi...yes!! (alaaa, Mell nak tengok ke filem Hindustan?)

Untuk waktu petang ada 2 pilihan filem terdekat. Doctor Strange, Fantastic Beasts and Where To Find Them dan Dear Zindagi.

Doctor Strange, Mell dah tengok. Yesss, tinggal 2 filem.

Sabtu, 26 November 2016

Cara Semak Harga Emas Public Gold


Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 


Mesti ramai nak tahu harga emas Public Gold yang lama kan? Yelah, nak buat perbandingan harga emas Public Gold nanti senang. So, kat sini ada sikit tips untuk korang semua.

Cara semak harga emas Public Gold:

1. Pergi ke Laman Web Public Gold. Klik sini

public gold, emas, emas public gold, harga emas public gold

2. Klik Login

3. Masukkan Username (kod PG) dan Password  
 public gold, harga emas public gold

4. Klik kat Purchase


harga emas public gold, emas, emas public gold,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...