Selasa, 28 Oktober 2014

Lawatan Ke Lumut, Perak - GM Holiday Hotel (1)

Jumaat hingga Ahad baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti lawatan asrama sekolah ke Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Untuk bahagian pertama ni, saya ceritakan penginapan kami di GM Holiday Hotel, ok.

lawatan, lumut, gm holiday hotel, pangkor, perak
Katil yang selesa untuk dua orang.

Tiba di GM Holiday Hotel dah pukul 12.30 malam kalau tak silap. Tapi sempat snap beberapa keping gambar.

Rabu, 22 Oktober 2014

Sambal Goreng Saadiah dari Kak Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy)

Instagram media kak_ogy - Ini Sambal Goreng Saadiah Memang Banyak Sedappp!!!Ada Fresh Stok Baru Jer MasakNak Beli Watsapp 0169833331 Ya!Cepat2 Sebelum Sold Out!!!Sayang Semua ♥♥♥

Masa saya balik cuti tak lama dulu, mak saya berborak-borak santai (ecehceh) dengan saya tentang Sambal Goreng Saadiah dari Kak Fauziah Ahmad Daud a.k.a Kak Ogy.

"Kak, kau tau, Ogy sekarang dah jual sambal"
"Ye ke mak?" (bunyi tak percaya)
"Iye. Kau tak percaya? Kau tengok nih..." (mak mencari-cari helaian surat khabar yang mengandungi berita Kak Ogy jual sambal)
"Ha ah lah, huiiiyooo" (terpegun dan ternganga sebentar)
"Tulah kau, aku cakap Ogy jual sambal kau tak percaya"
"Mak nak ke?"
"Eh, boleh ke beli?"
"Boleh, beli online"

Selasa, 21 Oktober 2014

Permohonan Pengajian Siswazah di USM 2015/2016

usm, universiti sains malaysia, universiti apex, apex, siswazah, sarjana
Program yang ditawarkan:
  1. Sarjana Pergigian Restoratif (Periodontik)
  2. Sarjana Pergigian Restoratif (Prostodontik)
  3. Sarjana Pergigian Restoratif (Konservatif)
  4. Sarjana Pembedahan Oral Maksilofasial
  5. Sarjana Kesihatan Awam Pergigian
  6. Doktor Kesihatan Awam Pergigian
  • Sidang Akademik 2015 / 2016
  • Pengambilan Mei/Jun/September 2015
  • Permohonan dibuka dari: 15 Oktober - 31 Disember 2014
  • Mod Kerja Kursus & Campuran
  • Permohonan bagi Mod Penyelidikan dibuka sepanjang tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...