Khamis, 30 Mei 2013

Program UKM-GSB

1. Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
Sepenuh masa (MBA Umum/MBA dengan Pengkhususan)
  • UKM Kampus Bangi
  • Isnin - Jumaat
  • Bidang Pengkhususan: Kewangan Gunaan dan Pelaburan / Kewangan dan Perbankan Islam/ Pengurusan Organisasi dan Sumber Manusia /Pemasaran
  • Tempo Pengajian: 3 - 6 Semester
  • Pilihan Pengajian: 1. Aliran CELP
                                     2. Aliran Bukan CELP
CELP (Corporate Experiential Learning Program) adalah program sangkutan korporat berjangka masa 14 minggu untuk para pelajar semester akhir sepenuh masa di mana mereka bakal menghabiskan tempoh 4 1/2 hari bersama sebuah syarikat dan baki 1/2 hari (tengah hari, Jumaat) di kampus setiap minggu dalam tempoh sangkutan, CELP yang bersamaan 9 jam kredit merupakan alternatif kepada 2 kursus penyelidikan dan 1 kursus elektif yang diwajibkan kepada pelajar yang memilih Aliran Bukan CELP.

Rabu, 29 Mei 2013

Kemasukan Ke Program Pascasiswazah Bagi Semester 1 (September) Sesi 2013/2014


Akademi/Fakulti/Pusat/Institut yang menawarkan program adalah seperti berikut:

1. Akademi Pengajian Islam
2. Akademi Pengajian Melayu
3. Sekolah Perniagaan Pascasiswazah, Fakulti Perniagaan & Perakaunan
4. Fakulti Sains
5. Fakulti Undang-Undang
6. Pusat Kebudayaan
7. Institut Antarabangsa Polisi Awam & Pengurusan
8. Fakulti Kejuruteraan
9. Fakulti Sastera & Sains Sosial
10. Fakulti Perubatan
11. Fakulti Pendidikan
12. Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
13. Institut Kepimpinan Pendidikan
14. Institut Pengajian Siswazah (IPS)
15. Fakulti Bahasa & Linguistik
16. Fakulti Pergigian
17. Fakulti Alam Bina
18. Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
19. Pusat Sukan
20. Institut Asia - Eropah

Selasa, 28 Mei 2013

Jom Sertai Sukarelawan AQSA SYARIF


Ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya di Malaysia pada 4 Februari 2010 sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.

Antara bidang-bidang yang boleh anda hulurkan bantuan ialah:

  • Multimedia/Video
  • Fotografi
  • Website
  • Ceramah
  • Penulisan
  • Bantuan dari segi tenaga kerja
  • Misi kemanusiaan
Isi borang di SINI

Maklumat lanjut di SINI

Marilah kita memberi sumbangan ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...