Selasa, 28 Februari 2012

Lari Dari Masalah...


Aku selalu percaya, lari dari masalah, bukanlah cara penyelesaian yang baik. Berdepan dengan masalah, dan anda akan jadi orang yang hebat! 

Ketika ini aku teringat pula:


Isnin, 27 Februari 2012

Haishhhhh!!!!!!


Memang sungguh memeningkan kepala. Sejak dua menjak ni, aku tengok blog aku, dan aku pening. Mungkin juga, blog ni tengok aku dan ia pun pening haha.

Pening kenapa? Aku cuba untuk letak itu dan ini padanya. Contoh, aku letak commentLuv tapi agak rumit sedikit. Aku pun tak tahu kenapa entri yang aku tulis tak boleh di komen. Huhu.

Kesudahannya, aku buang saja commentLuv tu, guna yang blogspot saja. Tapi bila dah buang pun masih tak kembali asal. Godak punya godak, hoooo, patutlah, dekat post option tu, yang dekat reader comments, aku klik don't allow.......uwwwwaaaaaaa, bila masa aku tertekan pun aku tak tahu..@#@#???!!



Ahad, 26 Februari 2012

~ Air Botol Yang Best ~


Maaf, aku tak tahu apa dah jadi dengan gambar diatas, walaupun telah di edit (diputarkan kedudukannya, ia masih begitu) tak apa, hari ini aku bukan nak cakap pasal gambar yang senget, tetapi memori indah yang berkaitan dengan gambar tu :)


Aku masih ingat lagi, masa kecil dulu, abah selalu beli air botol ni terutama sekali masa buka puasa. Rasanya tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Gas nya kurang. Sedap sangat. Tak sangka masih ada lagi air ni di tahun 2012.

Baru-baru ni, menyertai program sekolah di Gunung Datuk, Rembau. Ternampak air ni di kedai makan di Gunung Datuk dan juga kedai makan di luar Gunung Datuk =) Jadi terimbaulah kenangan lama. Hehe

Ada orang gelar kan air ni oren bodoh boleh pula gitu?? Hai, macam-macam ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...