Semalam keluar makan tengahari bersama kawan-kawan sekolah. Borak punya borak, aku pun keluarkan ayat "dah dua tahun k.rin kat sekolah ni"
.
Ohhhhh kata mereka. Sebenarnya banyak lagi ayat yang keluar tapi aku tak ingat sangat.
.
Tapi ayat yang ini aku ingat "menyesal tak masuk sini?"
.
.
Aku tergamam, tak tahu nak beri reaksi apa. Aku tak pandai nak beri reaksi...perlu jujur ke? Atau perlu tipu?
.
Aku pun beri jawapan...dan aku rasa itu adalah jawapan selamat.
.
Ntahlah, dua tahun sudah berlalu, rasa macam lama betul di tempat ini. Rasa masa berlalu terlalu lambat. Korang pernah rasa macam tu? Pejam celik pejam celik rupa-rupanya baru dua tahun. Padahal aku rasa macam dah 20 tahun (ngada-ngada sangat).
.
Aku adalah orang yang lambat panas rupanya. Susah nak "break the ice" walaupun selalu buat aktiviti "ice breaking" di sekolah. Haha! Dah pindah tempat kerja, baru aku tahu diri aku macam ni rupanya.
.
Susah nak cakap. Aku ikut je jalan ni. Tak memaksa diri untuk cepat-cepat "break the ice". Hanya enjoy semua situasi walaupun kadang-kadang, terdapat situasi "otak jatuh kat lantai" ketika berdepan dengan orang yang otaknya di lutut .
.
Sempena dengan ulangtahun kedua aku berada di sekolah baharu, aku lancarkan Giveaway suka-suka. Harap korang sudi menyertai. Hadiahnya emas Public Gold 0.5g. Nanti aku update detailnya.
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat
.
maknanya masa pkp ya pindah ke sek ni?
BalasPadamboleh tahan juga hadiahnya...mengancam tu
BalasPadam