Khamis, 17 Jun 2010

Lirik A.P.I Pelita- Hooperz

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah aku nikmati
apa ku alami
selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah
akan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir

tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yg telah aku kecapi
setakat ini
tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi
selagi hayat di kandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah
akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Chorus 2X
Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur
sayapku patah
akan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita
Ke Serata Dunia
Seperti Cahaya…….

Share/Bookmark

Ahad, 13 Jun 2010

Tips Memandu Bila Aku Mengantuk


          Kerap kali juga aku memandu berseorangan balik ke Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam huhu. Satu perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Setelah memastikan badan aku dicas terlebih dahulu (tidur dulu) ~,~ barulah aku memulakan perjalanan.

        Ini adalah tips yang selalu aku praktik kan (nota: tips ini adalah dari aku dan sesuai untuk aku, ambillah mana-mana yang sesuai untuk awak, kalau tak sesuai, pejamkan mata saja -_-)

      1. Sebelum jalan jauh ni, pastikan tangki minyak sekurang-kurangnya separa penuh, at least aku isi      RM 40 (wah, terbang melayang duit aku jadi cecair pekat dan likat). Jumlah ni waktu pergi je, waktu balik kena check sama ada tambah lagi RM 20, RM30.....

           2. Pam tayar. Pastikan masa pam tu nombornya 220 (kalau kereta akulah)

         3. Pasang lagu kesukaan. Pasang CD ke, kalau buka radio,nanti kejap-kejap nak tukar siaran kalau ada lagu yang tak berkenan. Bila tekan suis radio plak, waktu cari channel tu yang merbahaya, sebab kena tengok radio (hati-hati waktu ini,jangan sampai tak tengok jalan)

             4. Makan jeruk betik hehe. Jeruk betik ni masam, boleh bukak kan mata.

            5. Minum air 100 plus.

         Pengalaman aku waktu balik kampung hari tu, suasana mendung, redup saja. Mata tiba-tiba jadi ngantuk giler...Walaupun aku buka lagu sekuatnya, tapi masih tak dapat memanggil aku nyanyi bersama. Ish, tak boleh jadi ni...aku terus mencapai jeruk betik yang aku letakkan di seat sebelah. Masuk sekeping dalam mulut dan wahhh...terus boleh buka mata...ajaib sungguh...hehe...

              Tiba-tiba aku terasa ingin nyanyi sekali...masa tu tengah berkumandang lagu Siti Sarah yang berjudul Bersamamu. Ini liriknya:

Jangan diucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamaku

(chorus)
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir airmataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta
Sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku
(dipetik dari http://liriksemualagu.blogspot.com)

             Siap boleh ulang banyak kali tu...dah tak rasa mengantuk....^_^ dan selamat sampai ke rumah...Hoooyeee :)

Share/Bookmark

Sabtu, 12 Jun 2010

Kalau Hendak Mati, Tolong Jangan Libatkan Orang Lain

            
    Waktu cuti sekolah ini, memang ramai orang ambil kesempatan hendak balik ke kampung. Pada hari Khamis lepas, aku ke Pejabat Daerah Bandar Baru Serting. Laluan dari Bahau ke Pejabat Daerah ini boleh dibuat drift lah hehe....

        Ada sebuah kereta ni, proton wira warna maroon (bukan gambar di atas...gambar contoh saja), menyelit dan mencelah di sebalik deretan kereta. Kereta ni bukan bawa slow tau, bawa lajuuuuu. Walaupun di bahagian sebelah jalan ada deretan kereta atau lori, dia tetap hendak memotong. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri, "kalau abang nak cepat, orang lain pun nak cepat juga"....Tapi kalau abang hendak mati,tolong jangan libatkan orang lain" ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...