Sabtu, 30 Mei 2020

Drama Crash Landing On You - Berangan Ke Korea Utara

Crash Landing on You - Wikipedia

Assalamualaikum dan hai!

Lepas tengok drama The World of The Married, saya sambunglah tengok drama Crash Landing On You ini. Well, tengah cuti, kan hehe.

Dengar-dengar macam best.

Kalau tengok dekat Istagram Rita Rudaini, dia selalu up gambar edit dia dengan hero cerita ni. Haha!

Jadi, saya pun cubalah tengok.

Saya bukanlah peminat fanatik cerita Korea ya. Saya tengok pelbagai cerita termasuklah tamil dan hindustan.

Pada saya, tak lah umpphh mana cerita ini. Nak-nak lagi lepas adegan hero dan heroin dengan mudahnya lolos dari Korea Utara ke Korea Selatan. Tepuk dahi weh!!

Kalaulah begitu mudahnya orang Korea Utara nak ke Korea Selatan, pasti ramai dah diorang terjah ramai-ramai ke Korea Selatan. Huhu.

Saya tengok sampai episod 11 sahaja. Itupun tak habis. Ini lebih baik daripada Descendants of The Sun di mana saya hanya mampu tengok sampai episod 5 sahaja. Haha!

Saya memang sejenis yang tak mampu tengok drama panjang-panjang. Suka filem 2 jam saja dah habis.Hehe.

Apa yang menariknya ialah suasana penceritaan di Korea Utara itu. Memang tempat penggambarannya bukanlah di Korea Utara, namun ia seakan-akan suasana di Korea Utara. Boleh tengok video di bawah ini.


Tiba-tiba saya rasa macam nak ke Korea Utara haha!



Jadi, mulalah Google.


Koryogroup, ini adalah salah satu agensi pelancongan di Korea Utara. https://koryogroup.com/

Macam best pulak kan. Korea Utara ini antara negara yang selamat bagi pelancong. Sepanjang perjalanan akan sentiasa diiringi oleh tour guide. Tour guide pula boleh berbahasa Inggeris. Menarik!

Tentunya, dia hanya tunjuk apa yang patut kita lihat sahaja.

Tapi nak pergi ke Korea Utara ini, kena pergi melalui China atau Rusia sahaja. Visa tak diperlukan bagi pemegang pasport Malaysia!



Oklah kan, boleh masuk wishlist tahun depan ni hehe

Jom kita ke Korea Utara pulak geng!

9 ulasan:

  1. Asslam cikgu..lama JM x bersiaran kat sini..Crush Landing on you??? dah tengok..BEST sgt tpi kalau nk ke Korea Utara mmg TAK lah..BIG NO hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, kenapa tak JM? jom lah jomlah hehe

      Padam
    2. Boleh ke ke Koya Utara? Ha Ha Ha...

      Padam
  2. sama la. sy mampu tgok filem dlm 2 jam je. kalau drama bereposod mmg la x sanggup hadap TV!

    BalasPadam
  3. Apa yang bestnya di Korea Utara tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pastilah cikgu, suasana tempat dia kot hehe

      Padam
  4. nak tau tak sy pernah survey mcm mn nk pegi KU. mmg ada agensi travel di china yg sediakan service ni tapi bertolak dgn bas dari shanghai kalau x silap sy. n ramai jg laa mat saleh yg buat. tp 1 je yg xbest. sblm kuar dr KU, ms kt imigresen, kite kena delete semua gmbr yg kita ambil kt KU dpn pegawai imigresen adehhhhhhh trs sy cancel niat nk ke sana hahahahahah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...