Sabtu, 29 Julai 2017

Emas Public Gold Sebagai Hadiah Hari Guru 2017

Siti Hazreen
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764

Assalamualaikum, hai semua.

Sekejap je dah hujung bulan. 

Dah ada berapa gram emas?

Hehe saja tanya.

Ok, lah. Hari ini cerita pasal Hari Guru yang lalu.

Ni kira entri peram lah ni. Adoooiii!!

Alhamdulillah, sudah 2 tahun berturut-turut, saya tak payah pening-pening fikirkan hadiah apa untuk diberikan kepada cikgu. (Semua cikgu akan cabut nama cikgu lain sebagai si penerima hadiah pada Majlis Hari Guru).

Alhamdullillah masa Sambutan Hari Guru 2016, tuah Ustazah Muzaida untuk memiliki emas Public Gold 0.5g edisi terhad Hari Raya 2016.

Hendak tengok macam mana rupanya? boleh klik sini.

Pada Hari Guru 2017, Cikgu Fatin pulak memiliki emas Public Gold 0.5g edisi bersama Public Gold dan Pos Malaysia.


Hendak tengok koleksi emas Public Gold bersama Pos Malaysia yang saya miliki? Sila klik sini.

Isnin, 17 Julai 2017

Program Pengajian Sarjana Semasa Cuti Sekolah di UPSI

Image result for upsi

Assalamualaikum, hai korang!

Lawa tarikh hari ini kan? 17/7/17 ^__^

Saya hendak kongsikan berita baik ini.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada menawarkan sambung belajar peringkat sarjana semasa cuti sekolah. Haaaa, best ke best?

Mestilah best kan?

Klik sini untuk lihat senarai Program Pengajian Sarjana Semasa Cuti Sekolah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Klik sini untuk melihat iklan Program Pengajian Sarjana Semasa Cuti Sekolah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ada 2 Program Pengajian Sarjana Semasa Cuti Sekolah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menarik minat saya iaitu:
1. Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling) Eksekutif
2. Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) Eksekutif Cuti Sekolah

Hurmmmm, mana satu pilihan kalbu?? Jeng Jeng Jeng...

Permohonan di buka sepanjang tahun!!

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Selasa, 4 Julai 2017

Sembang Santai

Image result for group counseling

Hi!, mula-mula sekali nak minta maaf andainya paparan di blog ini tidak seperti kebiasaannya.

Tulisan hari ini adalah menggunakan laptop bersaiz kecil molek. Lebih dikenali sebagai Laptop 1Malaysia.

Laptop saya rosak. Saya sedang berusaha memulihkannya. Haha!!

Ok, hari ini nak cerita tentang pertemuan saya dengan sekelompok kecil murid SPM 2017.

Eh kejap, sebenarnya, antara impian saya ialah, sambil borak -borak dengan budak-budak, sambil minum kopi. Agak-agak, ada tak yang sudi derma mesin kopi? Alah, yang tekan, keluar air Milo, tekan je keluar air Nescafe?? Hehe

Pertemuan tadi menjurus kepada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017.

Masa sembang-sembang itu, saya belek-belek keputusan keseluruhan peperiksaan murid SPM 2017 di tangan saya. Sekarang ini, bukan main senang weh, klik-klik je dah dapat keputusan. Canggih!

So, terkebil-kebil lah budak-budak bila dibacakan keputusan masing-masing.

Tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi nak mengambil SPM. Ada yang dah ambil tindakan. Ada yang belum ambil tindakan. Ada yang masih berkhayal.

Jadi, saya mengingatkan semula murid-murid saya tentang intipati penting semasa slot 10 Minit Bersama Kaunselor yang berlaku sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri, iaitu:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...