Ahad, 29 Oktober 2017

Pengalaman Menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan


saham, dato' dr. nazri khan
Pelekat ini perlu ditampal di baju

Assalamualaikum, hai korang!

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Saham Dato' Dr. Nazri Khan. Kenal tak

Saya pun tak kenal beliau pada mulanya haha!!

Saya dapat tahu pun melalui kenalan di seminar saham sebelum ini. Yep, ini adalah seminar saham kedua yang saya hadiri.

Kalau korang perasan, kat Facebook, selalu lalu iklan dia. Klik sini 

Saya dah ada akaun CDS (akaun untuk membolehkan jual beli saham) dah lama. Akaun CDS saya yang pertama ialah melalui CIMB Investment yang dibuat pada tahun 2014. Sekarang dah 3 tahun usia akaun itu haha.

Tiada tindakan apa-apa dibuat sebab waktu itu, saya takut, dan tiada ilmu.

Akaun CDS saya yang kedua dibuat pada tahun ini, iaitu pada ketika saya menghadiri seminar saham yang pertama. Akaun CDS tersebut di bawah M+ klik sini

Sesiapa yang nak menghadiri seminar, kena daftar di sini. Hari ini seminar, semalam baru saya daftar haha. Walaupun dah daftar secara online, tapi di pintu masuk masih perlu daftar ya.

Saya memang terpaku tengok ramai betul umat manusia dalam dewan The Everly Putrajaya itu. Siap dibawa masuk kerusi tambahan. Nak tahu berapa orang dalam dewan? 


Jangan kata dalam dewan yang mampat. Parking kereta pun satu hal. Penuh!

750 orang dalam dewan beb. Ya Allah, saya rasa macam nak balik jer (saya ada penyakit alergik dengan tempat yang ramai orang). Saya termasuk dalam golongan yang tak dapat kerusi, jadi kenalah berdiri. Adeh!

saham, dato' dr. nazri khan

Inilah dia orangnya. Dato' Dr. Nazri Khan ini mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam saham. 

Nampak tak kepadatan dewan? Takde satu pun kerusi kosong weh

saham, dato' dr. nazri khan
Boleh juga dilihat melalui 2 buah skrin dihadapan

Saya datang lambat. Hampir jam 9.00 saya sampai dalam dewan The Everly Putrajaya itu. Nasib baik seminar belum mula. Tapi ada tayangan video tentang peserta-peserta saham sebelum ini.

Dato' Dr. Nazri ini kelakar orangnya. Cakap bahasa yang mudah difahami. Iyelah kan, bahasa-bahasa saham. Saya tak faham sangat. Jadi Dato' Dr. Nazri ini memudahkan.

Korang, walaupun seminar ini adalah seminar percuma. TAPI banyak input yang saya dapat. Serius! Datuk Dr. Nazri menjadikan saya teruja tentang saham. Wow!!

Sebenarnya, apa-apa pun yang kita buat, kita kena ada ilmu. Tak boleh main terjah saja. Saya, kalau tak faham sesuatu itu, memang takut nak buat. Jadilah macam akaun CDS yang dah terbiar selama 3 tahun huhu.

Betullah kata Dr. Azizan Osman, "kita akan buat benda yang kita tahu buat". Contoh, kalau kita tahu buat 20 sen, kita akan buat 20 sen. Tapi kalau kita nak buat RM100, kita kena tahu macam mana nak buat RM100.

Dato' Dr. Nazri Khan cakap "nak kaya, kena jadi kroni orang kaya"

Akhbar The Edge - Harga RM5.30

Setelah sekian lama tak membeli surat khabar, balik dari seminar saham tadi, saya terus singgah di MPH Senawang untuk membelinya. Ini adalah cadangan daripada Dato' Dr. Nazri Khan. Boleh juga didapati di kedai 7E.

Cuba korang teka, apakah kaunter di Bursa Malaysia dan Antarabangsa yang akan saya beli nanti? Jeng jeng jeng!!

4 ulasan:

  1. seronok bila dapat hadir seminar kan

    BalasPadam
  2. awal bulan hari tu abang sy pergi kursus 3 hari dr nazri ni kat pullman putrajaya insya allah bln 12 ni dia akan ikuti kelas pula... dia share juga ilmu saham ngan saya tp sy x fahammmm ;-)

    BalasPadam
  3. Tak kenal ahaahah..kalau DSV kenal laaa

    BalasPadam
  4. Semoga success cikgu ct..di mana ada kemahuan d situ ada jln

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...