Ahad, 27 Mac 2016

Kemasukan Ke Program Pengajian Siswazah 2016/2017 Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Image result for upsi

Sekarang ini musim pelajar-pelajar mengisi borang UPU. Lepasan SPM, matrik dan sewaktu dengannya. Pelajar tua tapi belum bangka pulak macam mana? Haa, jangan risau, ada tawaran sambung belajar jugak okeh!

Ok, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada buka tawaran untuk sambung Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) (peringkat tertinggi pembelajaran formal) Yeahhh!! Tepuk tangan!


Klik sini: Tawaran bidang Ijazah Sarjana di UPSI

Ahad, 20 Mac 2016

Kord Gitar Back To December - Taylor Swift

Taylor Swift sekarang ini sangat memuncak dengan dengan deretan lagu barunya, tetapi lagu lama ini sangat menarik untuk didengar dan tak lah begitu sukar untuk dimainkan bersama gitar, bagi orang yang acah-acah pandai macam saya (ok, tutup muka dengan jaket).


Ahad, 13 Mac 2016

Permohonan ke Tingkatan 6 SMAP Labu dan KISAS 2016

SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (NRA4002), tingkatan 6   KISAS, tingkatan 6


Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM
3. Kepujian Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 6C
4. Kepujian Bahasa Arab Tinggi sekurang-kurangnya 6C
5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C
      a. Pendidikan Syariah Islamiah
      b. Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah
6. Memperoleh agregat tidak melebihi 14 mata untuk 3 matapelajaran terbaik
7. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa
8. Surat tawaran permohonan KISAS dan SMAP Labu akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

Khamis, 10 Mac 2016

7 Kesilapan Mengisi Borang UPU 2016 Untuk SPM

upu, upu 2016, kesilapan, borang upu 2016, spm

Sejak dua menjak ini, saya sering menjadi tempat rujukan bekas anak murid saya mengenai Borang UPU 2016 untuk lepasan SPM 2015. Hari ni sahaja, 4 orang telah hadir mengisi Borang UPU di Bilik Kaunseling. Dapatlah saya gambaran bagaimana mereka mengisi Borang UPU ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum, diorang ni ada 12 pilihan, bolehlah kita andaikan sebagai 12 peluru. Tapi, malangnya, ramai mensia-siakan 12 peluru tersebut. Diorang ni, tembak ke sasaran yang sebenarnya bukan sasaran diorang!

Ok, di sini saya nak senaraikan 7 kesilapan mengisi Borang UPU 2016 untuk SPM:

1. Tidak membaca manual. Ini kesilapan paling besar.
2. Tidak mengikut arahan bertemuduga atau tidak. Program yang ada temuduga perlu diisi di pilihan 1 hingga 4 sahaja.
3. Pilihan pertama main bubuh je. Pilihan pertama seharusnya ialah, program yang paling layak, dan paling diminati. Kalau letak yang paling diminati tapi tak layak, nak buat apa? Bazir peluru je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...