Isnin, 29 September 2014

Permohonan Kemasukan ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)

kolej islam pahang sultan ahmad shah, kolej, kipsas, ipts

KIPSAS adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. KIPSAS menawarkan 13 kursus pengajian peringkat Diploma dan 2 kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk maklumat lanjut <klik sini>

ipts

Untuk permohonan online <klik sini>

Untuk menyemak status MQA <klik sini>

Sabtu, 27 September 2014

Seminar Kerjaya Murid Bersama Ibu Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2014

seminar, seminar kerjaya, kerjaya, murid, ibu bapa, tajaan mara, mara, ipma, institut pendidikan mara, unikl, kpm,kptm

Tarikh: 27 September 2014
Tempat: Dewan SMK Seri Pagi, Senawang
Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia
Tajaan: Yayasan Pelajaran MARA

Hari ini ke seminar kerjaya di SMK Seri Pagi melibatkan murid-murid tingkatan 5 bersama ibu bapa. Nampaknya mendapat sambutan hangat (sebab banyak kereta parking di luar sekolah).

motivasi, ceramah motivasi
Slot 1: Motivasi dari Ustaz Asri

hadi, ikon murid, murid cemerlang, tajaan ypm, ypm, yayasan pelajaran mara, tokoh maal hijrah
Slot 2: Bersama Ikon Murid (Hadi) 
Murid Cemerlang Tajaan YPM (11A)
juga Tokoh Maal Hijrah

Khamis, 25 September 2014

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

yayasan, bumiputera, biasiswa, inisiatif, teraju, peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan salah satu inisiatif di bawah Hala Tuju Bumiputera yang dilancarkan oleh TERAJU yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Objektif Yayasan ini adalah untuk memastikan bahawa keupayaan dan kepakaran golongan Bumiputera akan terus membangun untuk berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.

Rabu, 24 September 2014

Tawaran Biasiswa Pendidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2014

tawaran biasiswa, biasiswa pendidikan, biasiswa, lembaga minyak sawit, minyak sawit

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan EMPAT biasiswa untuk Ijazah Doktor Falsafah di mana-mana universiti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (USA), Australia atau New Zealand yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sesi pengajian 2014/2015.

Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia
  • Telah mendapat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia atau New Zealand bagi pengajian penyelidikan sepenuh masa.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, sekurang-kurangnya TOEFL 580 atau IELTS 6.0
  • Pemohon perlulah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan M.Sc yang baik dalam bidang-bidang yang disenaraikan.
  • Projek penyelidikan hendaklah berkaitan dengan industri sawit dan produk sawit serta memberi manfaat kepada MPOB dan industri sawit negara.
  • Umur pada tarikh kemasukan tidak melebihi 35 tahun.
  • Berkeupayaan tinggi untuk menamatkan pengajian dalam jangkamasa 3 tahun.

Rabu, 17 September 2014

Tips Kepada Ejen Insurans

tips, ejen insurans, insurans, agen

Hari Jumaat yang lalu, kira-kira jam 11.20 pagi, seorang ejen insurans menghubungi saya.

"Ni ................................. " (sebut nama penuh tu) ntah mana dia dapat nama penuh pun tak tau lah.
"Iye, saya"
"Maaf ye cik, boleh saya bercakap dengan cik sebentar?"
"Boleh-boleh, siapa ni?" (dalam hati, siapa lah ni kan)
"Maaflah saya nak ambik sikit masa cik..."
"Jap, dari mana ni? (sebenarnya, saya nak cepat waktu ni, terus potong, orang ni dah melalut lah pulak) 

"Saya nak bercakap pasal insurans kemalangan"
"Oh....." (oh!, dalam hati, silap pulak cakap ada masa tadi, saya jarang tak menjawab telefon, kecuali jika telefon tidak bersama saya, semua panggilan adalah penting!)
"Cik ada masa?"
"Oh, ok, saya nak relief kelas sekarang ni..." (ini tak tipu ye,  bukan nak lari, memang waktu ni saya ada relief, tapi saya jawab juga panggilan itu)
"Oh, bila kita boleh bercakap ye?"
"Ermmm, petang ni?" (ini yang terpacul keluar dari mulut saya, ntah kenapa saya tak pulak jawab "eh, saya dah ada dah ataupun saya tak berminat" 
"Ok-ok, petang ni ye cik"

....................................................................................................
Petang berlalu dan beberapa hari berlalu, saya pun hampir terlupa yang ejen ni pernah menghubungi saya. Sehinggalah petang semalam:

Isnin, 15 September 2014

Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2014

biasiswa, tawaran biasiswa, jpa, jabatan perkhidmatan awam, institusi pengajian tinggi awam, ipta, institusi pengajian tinggi swasta, ipts, diploma, ijazah, ijazah sarjana muda,tajaan,tawaran

Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bertaraf Government Link Companies (GLC) Dalam Negara Bagi Sesi 2014/2015.

1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2014/2015 di IPTA dan IPTS terpilih untuk mendapatkan biasiswa tajaan JPA.

2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (online application) melalui http://esilav2.jpa.gov.my mulai 17 September 2014 (Rabu) pada jam 9.00 pagi.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 September 2014 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah malam.

Rabu, 10 September 2014

Sukarelawan Koreksional


sukarelawan, sukarelawan koreksional, jabatan penjara malaysia, penjara, banduan

Jabatan Penjara Malaysia mempelawa individu-individu yang berkemahiran, berkebolehan dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan redevelopment human capital atau pembangunan pemulihan insan untuk bersama-sama menyumbang khidmat bakti kepada Jabatan Penjara Malaysia. Penyertaan sukarelawan ini sangat dialu-alukan bagi menyokong usaha memperkukuhkan konsep pemulihan dan Pelan Transformasi Jabatan Penjara Malaysia.

Antara objektifnya ialah membuka peluang kepada mana-mana individu untuk bersama-sama  berpadu dan mengembeling tenaga serta berkongsi idea bagi memperkasakan lagi program pemulihan kepada banduan/penghuni.

Antara peranan sukarelawan ialah membantu tugas-tugas pemulihan kepada banduan/ penghuni berpandukan modul yang diberikan.

Ahad, 7 September 2014

Ubat Gigi Neem


ubat gigi, neem, ubat gigi neem, ubat gigi herba, pure vegetarian, natural, herbal

Sila abaikan tiub yang dah penyek tu

Ubat Gigi Neem ni adalah ubat gigi yang digunakan waktu sekarang.

Susah juga nak dapatkan ubat gigi ni. Hanya terdapat di kedai-kedai tertentu sahaja.

Kenapa tukar ubat gigi? Sebab gigi dah tak berapa kuat macam kisah di sini, jadi tercari-carilah ubat gigi yang sesuai. Ubat gigi ni 100% vegetarian tau, tiada lemak haiwan.

Sabtu, 6 September 2014

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja 2015

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja 2015, Maktab Tentera Diraja, MTD, MTD 2015

1. Terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga tahun 2014.

2. Syarat-syarat kemasukan:
  • Warganegara Malaysia
  • Tinggi minimum - 152 sm
  • Berat minimum - 40.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27
  • Ukuran dada - 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata, hendaklah tidak melebihi 6/12
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...