Selasa, 17 Julai 2018

Pengalaman Menghadiri Seminar Sembang Kewangan Tuan Zaidi


Image result for ringgit malaysia

Wow!! lama sungguh saya tidak menulis di ruangan ini. 

3 bulan...lama betul!! Haha!!

Ok, hari ini nak cerita pasal Seminar Sembang Kewangan oleh Tuan Zaidi yang saya hadiri pada 07 Julai 2018 (Sabtu).

Sudah lama sebenarnya saya nak hadir Seminar Sembang Kewangan Tuan Zaidi, tapi baru ini saya dapat menghadirinya. Alhamdulillah.

Mula-mula sekali, saya mendapat tahu mengenai Tuan Zaidi, daripada mentor saya, Tuan Zulkifli Shafie. Sejak dari itu, saya sentiasa mengikuti Tuan Zaidi di Facebook beliau.

Saya menghadiri Seminar Sembang Kewangan ini secara walk-in sahaja. Tidak mendaftar pun di web Urusinsan (jangan ikut macam saya). Sebab, saya takut kalau saya ada program sekolah di saat akhir.

Oleh kerana tempatnya berlangsung di Kuala Lumpur, dan saya pula tidak begitu berani untuk memandu kereta ke sana, jadi, saya memandu kereta sehingga di Stesen LRT Kajang, dan memakir kereta saya di sana.

 Jangan risau, banyak parkir dalam LRT Kajang.

Saya terus menaiki LRT hingga ke KL Sentral.

Image result for lrt route

Dari KL Sentral pula, saya menaiki LRT hingga ke Stesen Damai.

Dah sampai LRT Damai tu, kena jalan kaki pulak...lebih kurang 10 minit... Haaa, gigih tak gigih?? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...