Selasa, 22 Mac 2011

Lirik Lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Isnin, 21 Mac 2011

Terima Kasih Tugas - Kerana Begitu "Menyayangiku"

          
            Cuti sekolah baru sahaja selesai, dan pada hari ini, hari pertama selepas cuti seminggu. Hurm, pagi-pagi lagi aku telah menandatangani 7 surat sebagai tanda penerimaan tugas. Tugas bukan satu cabang sahaja tetapi pelbagai cabang.

            Sesungguhnya, tugas begitu menyayangiku. Agaknya dia rindu selepas aku tiada di sekolah selama seminggu. Terima kasih, tugas.

Ahad, 20 Mac 2011

Alasan Untuk Tidak Mencoret

            Dah lama tidak menulis, ada ke orang yang menantikan entri baru aku? Haha, kalau tiada orang menanti pun takpe..minta maaf banyak kalau ada yang menanti sebab:

            a) Banyak tugasan di tahun 2011 - mungkin kurang dari anda dan mungkin terlebih dari anda
            b) Line internet yang tak tahu bagaimana hendak di ungkapkan
            c) Tiada perasaan hendak menaip
            d) Sedang meng upgrade diri dalam dunia blog
            e) Sekiranya aku meneruskan menaip alasan yang terfikir di fikiran, korang akan terus berkata:
                - alahai banyaknya alasan dia
                - seribu satu alasan minah ni
                - tiada alasan lain ke?
                - nak tulis ke tidak?? kalau tak nak, tutup je blog ni, habis cerita

           Jadi, sebelum benda-benda lain menerjah fikiran, aku hendak beritahu, yang akan ada beberapa entri yang anda akan lihat tarikhnya terkebelakang, maksudnya mungkin hari ini 20 Mac 2011, tapi tarikh entri ialah 15 Mac, kerana aku mengubah tarikh entri...(kononnya untuk menebus sebab dah lama tidak menulis haha). ENJOY!



Rabu, 16 Mac 2011

Filem Yang Membuatkan Penonton Bertepuk Tak Ingat Dunia

          
        Menonton wayang adalah salah satu kegemaranku. Tapi menonton wayang cerita Melayu bukan kebiasaan, ianya luar biasa. Hehe

             Bermula kekaguman dengan Cicak Man, aku menjadi teruja dengan Majika - cerita yang tak sempat aku tonton, rugi-rugi, ish ish...dan tentunya aku tidak melepaskan peluang menonton Hikayat Merong Mahawangsa di Seremban 2 bersama rakan-rakanku. Mula-mula nak beli tiket pukul 3.00 petang, tapi dah habis, belilah tiket pukul 6.00 petang. Dapat juga akhirnya menonton cerita ini.

             Aksinya begitu menarik seperti menonton filem luar. Tidak kurang hebatnya babak kelakar yang diselitkan. Babak yang mencemaskan ialah bila tiba aksi Kumpulan Merong menyerang Kumpulan Garuda, aku memang tak senang duduk. Dalam kesamaran cahaya, kedengaran sekumpulan penonton menonton (aku kira penuh semangat menonton cerita ini) menepuk tangan tanda gembira setelah satu persatu halangan berjaya ditempuhi oleh Kumpulan Merong.


            Teringat ketika di UIA dulu, ketika aku dan kawan-kawan makan di Cafe, terpasang filem Hindustan berjudul Hulchul. Cerita Hindustan ni memang kegemaranku tapi tidak bagi kawan-kawanku. (Boleh bayang tak macam mana cerita yang korang minat sangat nak tengok, tapi dikiri dan kanan korang, orang yang memang tak minat nak tengok cerita tu pun). (Dalam hati mesti cakap, bilalah nak habis cerita ni??)

        Tiba-tiba bila sampai ke bahagian cubaan pengantin lelaki ingin mengikat tali perkahwinan, keadaan menjadi sebaliknya, bukan aku yang teruja nak tengok ending nya, tapi kawan aku yang dua orang tu, sampai kan diorang siap bertepuk tangan lagi bila pengantin lelaki itu berjaya mengikat tali perkahwinan! Siap diiringi gelak ketawa lagi - haha baru kau tahu penangan filem Hindustan - kata hatiku :)

            Inilah dua filem yang aku ingat yang berjaya membuatkan penontonnya tepuk tangan - tapi aku sendiri belum pernah (seingat aku) memberi tepukan kepada filem yang aku tonton.
    

          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...