Isnin, 25 Julai 2016

Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM: Kaunseling Keluarga


kaunseling keluarga, keluarga, family

Sorry, dah lama tak update blog. 

Hari ini ada Program Sarana Psikososial di Kompleks Rakan Muda Jempol.

Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM.

Program ini melibatkan 4 sasaran:
1. Pengetua dan Guru Besar
2. YDP PIBG
3. Kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
4. AKP

Program ini dikendalikan oleh Kaunselor di Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM

Dalam program ini, ada banyak input baharu kepada kaunselor sekolah. Mungkin kurangnya kecairan maklumat di peringkat sekolah. 

Apa yang menariknya, program ini mengajak kaunselor terutamanya saya yang dah tua ni mengulangkaji pelajaran haha!

So, hari ni, kami mengulangkaji subjek Kaunseling Keluarga.

Ada 3 Teknik Kaunseling Keluarga:

1. Teknik 'Joining'
Kaunselor mempamerkan kemahiran lisan dan tanpa lisan, kecekapan, tidak menyebelahi mana-mana ahli keluarga, empati dan memahami kehendak dan perasaan setiap individu dalam keluarga tersebut.

  • 3 Cara Joining
a) Tracking
b) Lakonan Mimik
c) Confirmation of family member (pengesahan oleh ahli keluarga)

2. Teknik 'New Talk'
Teknik ini adalah satu kaedah yang memerlukan ahli keluarga, menyatakan sesuatu perkara yang tidak pernah diungkapkan kepada ahli keluarga tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...