Isnin, 25 Julai 2011

Jangan Terpedaya Taktik Kedai

           


           Aku menghantar printer untuk dibaiki pada hari Jumaat yang lepas setelah merujuk kepada salah seorang guru yang mempunyai masalah printer sama seperti ku.

           "Akak letak sini printer, nanti juruteknik tengok apa yang rosak"
           "Ok"
           "Kalau RM50 ke bawah, kami terus buat, kalau RM50 ke atas, kami telefon dulu akak"
           "Ok"
   
           Setelah mengambil resit, aku pun beredar. Sampai ke hari ini, aku tak menerima sebarang panggilan telefon, jadi, aku pun telefon kedai komputer itu.

           "Saya ada hantar printer Canon hari tu, dah siap ke?"
           "Ok, sudah siap. You boleh datang ambil"
           "Berapa ringgit?" (dalam jangkaan aku, hanya bawah RM50 sebab kedai tak telefon)
           "RM108"
           "Hah! Apsal sampai RM108?"
           "Itu katrij warna RM 78, Itu....
           Tak sempat dia nak habiskan dialog, aku potong...
           "Apsal tukar katrij pulak?"
           "Itu juruteknik cakap, katrij akak rosak"
           "Mana ada rosak, itu baru tukar, itu katrij original, bukan refill punya" (masa ni aku memang hangin giler di buatnya)
           "Saya tak tau lor, itu juruteknik cakap, katrij rosak, dia sudah tukar"
           "Itu roller sudah tukar?"
           "Sudah"
           "Ok, berapa?"
           "RM30"
           "You cakap dengan saya haritu, kalau atas RM50, you mau call, sekarang you sudah buat? Saya mahu katrij saya, you masukkan balik, katrij you, saya tak mau. (waktu ni teringat kat Tribunal Pengguna je)
           "Ok-ok"
           "Nanti saya datang ambil"

            Mentang-mentanglah hari ni gaji, dia nak letak RM108, kenapa dia tak tukar yang katrij hitam, walaupun hitam itu dah 3 kali refill? Kenapa nak tukar katrij warna yang baru beli? Memang salah oranglah dia buat. Tak berkesempatan pula aku nak pergi ambil printer. Tak pe, esok aku pergi, nak tengok macam mana printer aku dikerjakannya. Rasanya, inilah pertama dan terakhir aku hantar kat kedai kau lah...ishhh...
         

Ahad, 24 Julai 2011

Demam Kilauan Emas




            Percaya atau tidak, abah aku adalah peminat nombor satu rancangan Akademi Fantasia. Masuk saja ke dalam rumah, mesti terpasang apa-apa saja berkaitan tentang rancangan itu. Tak kira sama ada Diari Akademi Fantasia, Konsert Akademi Fantasia, Trek Salebriti ke akan ditonton berulang-ulang.

            Selepas Akademi Fantasia melabuhkan tirainya, aku ingatkan akan sunyi sepi rumahku daripada pertandingan nyanyian. Rupanya patah tumbuh, hilang berganti. Rancangan terbaru yang digemari oleh abahku ialah Kilauan Emas di saluran Astro Prima. Pesertanya terdiri daripada umur 45 dan ke atas.

           Sebentar tadi, aku berpeluang menonton dengan abah rancangan kegemaran terbarunya. Yang menjadi hairannya, bukan sahaja abah, adik aku pun suka...adoi...hebat betul rancangan ini ^_^

Jumaat, 22 Julai 2011

Kursus Direct Admin dan Joomla

            Aku telah diberi peluang mengikuti kursus Direct Admin dan Joomla pada 13-15 Julai 2011 di BTPN, Port Dickson. Kedua-dua nya benda yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Pengetahuan = 0.

            Aku tak tahu pun rupanya kalau setiap laman web itu ada hosting haha. So, kalau tak silap aku, Direct Admin ni adalah hosting bagi web Joomla.

            Joomla ni pun aku tak pernah dengar sebelum ni. Joomla ni adalah percuma tau. Versi yang baru ialah Joomla 1.6. Memang pening kepala mula-mula tu, nasib baiklah penceramahnya banyak bersabar haha.

            Memang best rupanya buat laman web ni, tapi perlukan kesabaran yang tinggi dan masa...hemmm, tak tahulah bila agaknya laman web sekolah dapat disiapkan...tapi aku akan cuba =)

Selasa, 12 Julai 2011

Hargai Apa Yang Aku Ada


Apa yang aku ada?

1. Hidup


2. Bekalan Air

3. Bekalan Elektrik


4. Tinggal dalam rumah (walaupun sewa)


5. Sihat
6. Banyak lagi yang nak disenaraikan, takut sampai 3 hari 3 malam tak sudah haha

Khamis, 7 Julai 2011

The Leader In Me-Buku Best Untuk Dibaca Oleh Guru



Sekarang ini sedang membaca buku The Leader In Me. Buku ini banyak mengambil contoh dari sebuah sekolah iaitu AB Combs, sekolah yang mengamalkan prinsip 7 habits of highly effective people. Belilah dan bacalah, memang tak rugi ^_^

Selasa, 5 Julai 2011

"Sekali Lagi" - Boleh lah


Dari hari Sabtu lagi mengidam nak tengok cerita ni. Tapi tayangan di Bahau hanya sampai pukul 7.45 malam sahaja. Hari ini, sempat kan juga nak beli 4 tiket di waktu petang. Yeah, dapat tiket.

Terlewat masuk ke dalam panggung. Pukul 8.05 malam baru duduk dalam panggung. 

So, far, ceritanya jadi kiut, sweet sebab ada budak kecil Mia Sara Nasuha. Pelakon Sam pun ok, semua pun ok lah :)

Tolak campur bahagi darab semua jadi ok lah ^_^

Isnin, 4 Julai 2011

Kenapa Aku Berhenti Dari Takaful tutttt





Setelah menimbang-nimbang, akhirnya aku telah berhenti dari takaful tuttt (yang ini khusus untuk abah aku). Aku tak tahu orang lain, tetapi memang sifat semulajadi aku, aku ingin dihargai. 

Ini mungkin terjadi kerana layanan takaful kedua ini tidaklah seperti layanan takaful yang pertama (untuk aku sendiri). Setiap kali ada hari besar contohnya hari guru, aku akan mendapat mesej Selamat Hari Guru, begitu juga jika Hari Raya Puasa. Ini tidak berlaku dengan takaful kedua.

Jadi, aku memberhentikan takaful kedua walaupun sedar aku akan kerugian. Aku tahu aku adalah pelanggan yang harus dihargai.




Penghargaan adalah termasuk di dalam Hirarki Keperluan Maslow, iaitu pada hirarki yang keempat.

Cadangan: semua penjual takaful perlu belajar tentang Hirarki Keperluan Maslow ini ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...