Selasa, 11 November 2014

Program Persediaan Diploma Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) 2015


Semalam ke PPD Rembau untuk taklimat Program Persediaan Diploma Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Bangga sebab UTHM di Johor, yeahhhh!! Proud to be Johorian! 

Dari Bahau ke PPD Rembau...fuhhh jauh. 1 jam perjalanan. Pertama kali ke PPD Rembau ni haa.

program persediaan, pra diploma, universiti tun hussien onn malaysia, uthm johor, uthm, lepas spm
Taklimat di sampaikan oleh Pn. Hanita

  • Program yang menyediakan pelajar dengan asas bidang Sains Kejuruteraan, Matematik dan Bahasa Inggeris sebelum berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di UTHM.
  • Terbuka kepada pelajar SPM tahun semasa

Khamis, 6 November 2014

Lawatan Ke Lumut, Perak - Teluk Batik (2)


Dari GM Holiday Hotel ke Teluk Batik ni, tak lah jauh mana, dalam 10 ke 15 minit sahaja. Untuk entri sebelum ini, sila klik sini.


lawatan sekolah, lawatan, lumut, perak, teluk batik

Pemandangan di Teluk Batik

Kami ada lebih kurang 2 jam di Teluk Batik. Ada Banana Boat di sini, tapi tak naik pun. Jadi, lepak-lepak duduk di kerusi di tepi pantai yang dikenakan sewa RM2 kalau tak silap sepanjang hari. Lupa pula nak snap gambar kerusi haha. Tiada kaunter khas untuk pembayaran. Kita duduk je, nanti ada orang datang kutip duit. Haaa, servis kutip duit ni memang cepat, letak punggung je terus dia sampai haha! Tak lama pun duduk di kerusi ni, tekak mula nak makan macam-macam. 

Selasa, 28 Oktober 2014

Lawatan Ke Lumut, Perak - GM Holiday Hotel (1)

Jumaat hingga Ahad baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti lawatan asrama sekolah ke Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Untuk bahagian pertama ni, saya ceritakan penginapan kami di GM Holiday Hotel, ok.

lawatan, lumut, gm holiday hotel, pangkor, perak
Katil yang selesa untuk dua orang.

Tiba di GM Holiday Hotel dah pukul 12.30 malam kalau tak silap. Tapi sempat snap beberapa keping gambar.

Rabu, 22 Oktober 2014

Sambal Goreng Saadiah dari Kak Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy)

Instagram media kak_ogy - Ini Sambal Goreng Saadiah Memang Banyak Sedappp!!!Ada Fresh Stok Baru Jer MasakNak Beli Watsapp 0169833331 Ya!Cepat2 Sebelum Sold Out!!!Sayang Semua ♥♥♥

Masa saya balik cuti tak lama dulu, mak saya berborak-borak santai (ecehceh) dengan saya tentang Sambal Goreng Saadiah dari Kak Fauziah Ahmad Daud a.k.a Kak Ogy.

"Kak, kau tau, Ogy sekarang dah jual sambal"
"Ye ke mak?" (bunyi tak percaya)
"Iye. Kau tak percaya? Kau tengok nih..." (mak mencari-cari helaian surat khabar yang mengandungi berita Kak Ogy jual sambal)
"Ha ah lah, huiiiyooo" (terpegun dan ternganga sebentar)
"Tulah kau, aku cakap Ogy jual sambal kau tak percaya"
"Mak nak ke?"
"Eh, boleh ke beli?"
"Boleh, beli online"

Selasa, 21 Oktober 2014

Permohonan Pengajian Siswazah di USM 2015/2016

usm, universiti sains malaysia, universiti apex, apex, siswazah, sarjana
Program yang ditawarkan:
  1. Sarjana Pergigian Restoratif (Periodontik)
  2. Sarjana Pergigian Restoratif (Prostodontik)
  3. Sarjana Pergigian Restoratif (Konservatif)
  4. Sarjana Pembedahan Oral Maksilofasial
  5. Sarjana Kesihatan Awam Pergigian
  6. Doktor Kesihatan Awam Pergigian
  • Sidang Akademik 2015 / 2016
  • Pengambilan Mei/Jun/September 2015
  • Permohonan dibuka dari: 15 Oktober - 31 Disember 2014
  • Mod Kerja Kursus & Campuran
  • Permohonan bagi Mod Penyelidikan dibuka sepanjang tahun

Khamis, 16 Oktober 2014

Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyalahgunaan Dadah PREVENT 2014

seminar antarabangsa dadah, seminar dadah, dadah, pencegahan dadah, prevent, prevent 2014, ACREDA, AADK, USIM, international drug prevention and rehabilitation conference

Dua hari ini ke Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (PREVENT) 2014 yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Sebenarnya, ini adalah pertama kali saya menghadiri seminar antarabangsa ahaks. Terima kasih kepada JPNNS dan PEMADAM yang memberi peluang kepada saya menghadiri seminar yang sebegini.

PREVENT 2014, seminar dadah, Associate Professor Dr. Mohd Rushdan b. Mohd Jailani, ACREDA
Dr. Mohd Rushdan b. Mohd Jailani 
Pengarah Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA)

seminar dadah
Tajuk pembentangan dari Dr. Mohd Rushdan: Application of Islamic Psycho-Spiritual Therapy In Drug Rehabilitation

seminar dadah, AADK, agensi antidadah kebangsaan malaysia,dadah,psycho-educational therapy
En. Mohd Rafidi b. Jusoh
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK)
Tajuk: Psycho-Educational Therapy

Community Battery - Drug Abuse Prevention Strategies

Selasa, 14 Oktober 2014

Kemasukan Ke Program Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris 2014 / 2015

program pengajian siswazah, master, lepasan ijazah, upsi, universiti pendidikan sultan idris, sarjana, doktor falsafah, phd

Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai program yang ditawarkan di Universiti ini sekaligus bersama-sama mencapai wawasan negara Malaysia untuk menghasilkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan.

Program yang ditawarkan:
Sila rujuk laman web IPS http://ips.upsi.edu.my untuk butiran program dan mod pengajian.

Link ke permohonan online:

Syarat kelayakan
1. Ijazah Sarjana
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau PNGK yang boleh dipertimbangkan oleh Fakulti, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Ijazah yang setara dari mana-mana institusi pengajian tinggi, atau
  • Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat, dan
  • Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
  • Calon antarabangsa disyaratkan memperoleh markah tidak kurang daripada 550 bagi Test of English as A Foreign Language (TOEFL) atau band keseluruhan minimum 6.0 bagi International English Language Test (IELTS) kecuali calon yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu.

Ahad, 12 Oktober 2014

Permohonan Kemasukan Ke JMTI, ADTEC dan ILP Sesi Januari 2015

permohonan, kemasukan ke JMTI, ADTEC, ILP, kemahiran, jabatan tenaga manusia

Permohonan ke Peringkat:
  • Sijil
  • Sijil Lanjutan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan
  • Diploma Kemahiran Malaysia
Cara Memohon:
  • Permohonan dibuka mulai 22 September 2014 (Isnin)
  • Permohonan adalah percuma melalui aplikasi dalam talian (online) sahaja di Laman Web JTM http://www.jtm.gov.my/online
  • **Sila rujuk PANDUAN KEMASUKAN KE ILJTM sebelum membuat permohonan.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Oktober 2014 (Isnin)

Rabu, 8 Oktober 2014

Permohonan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam Negara MAIWP Sesi 2014 / 2015

biasiswa, baitulmal, insentif, pelajar cemerlang, maiwp

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2014/2015 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.maiwp.gov.my ATAU boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut:

Khamis, 2 Oktober 2014

Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014

bengkel, latihan guru, kesihatan, remaja


Program: Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014
Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Jempol
Tarikh: 02 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang

Hari ini saya menghadiri Bengkel Latihan Guru Mengenai Kesihatan Remaja 2014. Banyak informasi baharu yang saya dapat hari ni. Ada juga info yang saya sudah pelajari sebelum ini (kiranya macam ulangkaji lah, dah tua, banyak yang tak ingat).

Ini adalah kali pertama saya menghadiri bengkel di Bilik Mesyuarat Zamrud ni. Cantik. Saya bersama rakan duduk di hadapan sekali betul-betul bertentangan dengan penceramah. Ceramahnya sangat padat dan sendat penuh dengan info-info yang berguna untuk guru.

bengkel kesihatan, ceramah kesihatan,
Ceramah tentang remaja

ceramah remaja, ceramah rogol, remaja
Ceramah tentang masalah sexualiti remaja. 
Tahukah anda, jika seseorang remaja itu melakukan hubungan seks umurnya 16 tahun dan ke bawah, boleh dikenakan penjara minimum 5 tahun. Tak kiralah suka sama suka ke, dikira sebagai rogol. Ada kaunter khas disediakan di hospital untuk membuat aduan kes rogol. 

Ada juga penerangan tentang Soal Selidik BSSK dan Soal Selidik DASS, tak sempat nak ambil gambar penceramahnya.

Rabu, 1 Oktober 2014

Selamat Tinggal Kad Smiles Mobil, Selamat Datang Kad Smiles Petron!

kad smiles, smiles esso dan mobi, esso, mobil, smiles petron, petron
sila abaikan warna hitam comot di kad itu


Semalam hari terakhir guna kad Smiles Esso dan Mobil. Dah lama guna kad ni, sampai warnanya agak kusam sikit, mungkin sebab banyak kali dileretkan di kaunter. Kad tahan lasak, kena panas dalam kereta pun terjejas. Banyak mata yang dah dikumpulkan sampai ribu-ribu lah jugak (tak ingat berapa ribu). Hanya baru-baru ni sahaja mata ditebus, itu pun sebab nak gunakan kad Smiles Petron yang baru.

Sebenarnya boleh saja mata kad Smiles Esso dan Mobil ni dipindahkan ke kad Smiles Petron, tapi tak digalakkan oleh pekerja di stesen minyak ini sebab ada kes di mana mata kad Smiles Esso dan Mobil ini tidak boleh dipindahkan ke kad Smiles Petron Jadi dicadangkan, mata kad Smiles Esso dan Mobil ini ditebus. 

Isnin, 29 September 2014

Permohonan Kemasukan ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)

kolej islam pahang sultan ahmad shah, kolej, kipsas, ipts

KIPSAS adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. KIPSAS menawarkan 13 kursus pengajian peringkat Diploma dan 2 kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk maklumat lanjut <klik sini>

ipts

Untuk permohonan online <klik sini>

Untuk menyemak status MQA <klik sini>

Sabtu, 27 September 2014

Seminar Kerjaya Murid Bersama Ibu Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2014

seminar, seminar kerjaya, kerjaya, murid, ibu bapa, tajaan mara, mara, ipma, institut pendidikan mara, unikl, kpm,kptm

Tarikh: 27 September 2014
Tempat: Dewan SMK Seri Pagi, Senawang
Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia
Tajaan: Yayasan Pelajaran MARA

Hari ini ke seminar kerjaya di SMK Seri Pagi melibatkan murid-murid tingkatan 5 bersama ibu bapa. Nampaknya mendapat sambutan hangat (sebab banyak kereta parking di luar sekolah).

motivasi, ceramah motivasi
Slot 1: Motivasi dari Ustaz Asri

hadi, ikon murid, murid cemerlang, tajaan ypm, ypm, yayasan pelajaran mara, tokoh maal hijrah
Slot 2: Bersama Ikon Murid (Hadi) 
Murid Cemerlang Tajaan YPM (11A)
juga Tokoh Maal Hijrah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...